Ayna Raisya,gadis yang mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan.Namun,dia mempunyai banyak tabiat yang tidak ada pada wanita yang diidamkan oleh semua jejaka di luar sana. Haqimy Syaqif,jejaka yang tampan yang diidami ramai namun dalam ramai-ramai gadis,tiada yang menyerupai gadis idamannya.Gadis yang cantik sudah dijumpai tetapi yang berhati murni langsung tidak muncul-muncul. Satu hari,perjumpaan yang tidak dirancang dan di luar kotak fikiran,mereka bertemu.Haqimy jatuh hati pada pandangan pertama kali pada Ayna.Tetapi,Ayna langsung tidak perasan akan hal itu. Tidak lama kemudian,mereka sering bertemu.Haqimy mula merasakan bahawa gadis yang telah diidaminya selama ini telah berada di hadapannya.Haqimy pun mulai mengenalinya dengan lebih dalam.Tanpa disedari,Ayna mula menunjukkan perangainya yang pelik.Haqimy mula ragu-ragu akan perasaannya terhadap Ayna. Rupa-rupanya,walaupun perangai Ayna pelik,hatinya amat baik dan tidak patut disakiti.Haqimy mula kembali kepada Ayna.Namun,Ayna sudah akan dimiliki oleh orang lain kerana Ayna sudah bertunang dengan rakannya sendiri,Hady Daniel. "Will you accept me even though I'm not your 'Dream Girl'??"Ayna menyoal Haqimy. "You'll be my 'Dream Girl' whoever you are."Haqimy senyum nipis menjawab sambil menghulurkan cincin. Bagaimanakah Haqimy mencuri hati yang pernah dilukainya dahulu??Adakah Hady akan melepaskan Ayna begitu sahaja?Adakah Haqimy benar-benar dapat menerima Ayna sepenuh hati walaupun Ayna bukan gadis yang diidamkannya??All Rights Reserved
1 part