"Sayang , sayang tahu tak ? Abang kan dah lama suka dekat sayang . Sejak pertama kali kita jumpa lagi , abang dah mula jatuh cinta dekat sayang . Tapi abang malu . Abang malu nak mengaku dekat sayang sebab takut kena reject . Last last , Thaqid yang dapat sayang dulu . Tapi itulah kan , kalau dah jodoh tak kemana . Walaupun sayang bahagia dengan Thaqid , akhirnya abang jugak yang dapat sayang . Tak sia sia rasanya abang tunggu sayang bertahun-tahun . Kalau sayang nak tahu , abang sengaja je panggil sayang gemok , pendek semua tu . Sebab abang rasa , muka sayang bila marah tu cute sangat ! Abang suka tengok muka sayang bila tengah marah . Sorry tau sayang " Betullah kan orang cakap , jodoh , kalau betul dia memang ditakdirkan untuk kau , larilah keliling dunia pun , dia tetap akan jadi milik kau . Aku tersenyum mendengar kata kata jujur daripada seorang lelaki yang bergelar suami . "Abang , saya pun nak mintak maaf jugak . Sebab saya simpan gambar abang senyap senyap . Abang tahu tak ? Saya simpan dalam alquran tau gambar raya kita . Saya tak ingat pulak tahun bila . Gambar tu , betul betul saya selit dekat surah An-Nur yang ada ayat dia yang membawa maksud "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat " . Clinge gila kan bang . So sekarang , saya rasa saya tak tersilap pilih suami . Abang adalah syurga saya sekarang ni . InsyaAllah , saya janji pada diri saya yang saya akan jaga abang sampai akhir hayat saya ." Ya Allah , terima kasih kerana telah mengatur cantik pertemuan kami . Terima kasih ya Allah kerana hadirkan ' dia ' sebagai suami aku .