TRIS
  • WpView
    Reads 42,999
  • WpVote
    Votes 3,001
  • WpPart
    Parts 38
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Jul 17, 2024
WpInfo
Fiction
Romance
TRIS SESAT. Namun nasib Laela baik bila dia ditemukan dengan lelaki misteri berkelubung yang menyelamatkan nyawanya. Satu-satunya cara untuk mencari jalan pulang adalah, mengikut lelaki itu. "Jangan ikut aku!" Lelaki itu tidak langsung menoleh. "Aku hanya nak tumpang keluar dari hutan ni." Laela enggan beralah. Langkah kaki dibuka selebar yang boleh demi menyaingi lelaki misteri berkelubung di hadapannya. "Aku takkan bertanggungjawab atas keselamatan kau!" Balas lelaki itu laju. Mengikut lelaki itu bermakna Laela perlu berdepan dengan bahaya. Dia yang tidak terbiasa mudah panik dan cemas. "Aku tak rasa aku boleh tolong kalau kau berterusan takut macam ni. Ketakutan kau akan menyusahkan aku kelak." Daris. Lelaki misteri yang berkelubung. Panah dan pedang senjata ampuh. Namun apa guna senjata itu di zaman serba moden ini? Dalam terperangkap, Laela perlu menyelamatkan seseorang. Dan untuk menjayakan misi tersebut, Daris diperlukan untuk terus berada di sisi. Namun syarat Daris, "Tak ada jalan lain Laela. Kecuali kau kahwin dengan aku." Benarkah berkahwin dengan Daris akan membantu Laela melaksanakan misinya? *** WARNING ALERT! Maaf untuk gaya penulisan yang agak kebudak-budakan. Ini adalah cerita free read 2017 yang Farah tulis untuk suka-suka. Memang gaya penulisan terkini dah agak berbeza dengan dulu.
All Rights Reserved
#16
kasih
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • TERBIT | Jika Harus Begitu
  • HUG : THE TRUTH UNTOLD
  • Dalam Jagaan Devil [NOVEL]
  • 𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐔 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈𝐊𝐔
  • TEPAT PADA WAKTUNYA (HOLD)
  • 🔞Siblings series 3-The Perfect Enemy : Naqiu Al-Haq
  • Tertulis Di Tangan Takdir
  • Sentuhan Kasih
  • PEWARIS DIKEHENDAKI

"Cukup lah Khairul! Awak caci saya, awak tuduh saya tanpa soal selidik. Sampai bila awak nak hina saya?" - Putri Darleesa. "Habis apa yang kau buat ni tak melampau?! Jawab aku Putri Darleesa! Salah aku? Salah aku kita terjebak dalam perkahwinan ni? Salah aku?!" - Khairul Firhad. Darleesa dan Khairul. Dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Badai melanda disaat mereka terjebak dalam satu tragedi hitam. Tragedi dimana ikatan perkahwinan terlerai jua atas tuntutan keluarga untuk menutup malu yang terpalit. Darleesa tewas. Sangkaannya tepat. Kehidupannya semakin sengsara apabila Khairul mula mengurungnya di dalam sangkar emas. Kata-kata nista, cacian berserta hinaan tidak pernah lekang dari meniti di bibir lelaki itu. Neraka ciptaan Khairul memberikan Darleesa sejuta rasa derita yang tiada penghujungnya. Beribu kali dia cuba meluluhkan keegoan Khairul, beribu kali juga lelaki itu menjunamkannya ke gelungan paling dalam. "Tapi apa salahnya kalau berikan peluang untuk kenal hati budinya terlebih dahulu?" - Putri Darleesa. "Tak semua perkara boleh dimudahkan. Aku tak nak kau harapkan apa-apa dalam perkahwinan ni. Kita berkahwin bukan atas dasar cinta. Bagi aku perkahwinan tanpa cinta tak menjaminkan apa-apa." - Khairul Firhad. Panas yang disangka ke petang rupanya hujan di tengah hari. Junjungan ego di kepala sudah tertiarap selepas keserasian antara dua hati terpaut utuh. Disaat hati sudah terbuai dengan buaian bahagia, kepulangan Tengku Zetira Natalia membawa seribu ketakutan yang mengejar Darleesa sehingga ke lubang hitam. Masa lalunya kembali menjengah, satu-persatu kebenaran terungkap. "Kalau sebab cinta kau minta untuk dilepaskan, aku takkan mengalah untuk menangi hati kau. Bagi aku peluang sayang... Bagi aku peluang untuk buktikan yang aku layak untuk bersama kau." - Khairul Firhad. Jika harus begitu perjalanan ke mahligai bahagia, masih bertahankah Khairul dan Darleesa sekiranya takdir tidak memihak kepada mereka?

More details
WpActionLinkContent Guidelines