19 Mga Parte Ongoing RAIF IDRIS
Lelaki yang keras dan beku. Tinggi lampai, berwajah maskulis, cukup untuk buat seorang gadis menyimpan rasa suka bertahun lamanya. Tapi Raif bukan lelaki yang mudah jatuh hati. Baginya, cinta cuma sekali. Dan bila cinta itu pergi, dia percaya tidak akan ada gantinya. Dia tahu erti tanggungjawab. Dia tahu erti menjaga. Tapi cinta? Dia tidak pasti dia masih punya rasa itu.
NURIN FAHARA
Baru melangkah ke dunia dewasa. Naif dan penuh harapan. Hidup baginya akan lebih indah jika bersama orang yang dia cinta. Tapi dia tak pernah tahu, mencintai tak semestinya akan dicintai semula. Dia tunggu. Dia bertahan. Hari demi hari, hanya luka dan sepi yang menjadi teman.
Dua dunia yang pernah berselisih jalan, kini dipertemukan semula. Bukan atas nama cinta, tetapi kerana takdir.
Dan takdir... tak pernah memilih yang mudah.
"Dia bukan perempuan yang dia cinta. Tapi mungkin... dia perempuan yang dia perlukan."