Nisa Addina. Hanyalah seorang gadis biasa-biasa. Affin Adam. Mempunyai rupa paras yang dikategorikan sebagai jejaka pujaan Malaya, berpewatakan menarik malah merupakan anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal melengkapkan pakej dirinya sebagai 'most wanted guy on earth !' Pertemuan tak disangka antara dua insan berbeza latar belakang dan personaliti memulakan segalanya. Bagaimana apabila lelaki yang berpegang teguh kepada prinsip 'anti-perempuan' akhirnya terjatuh hati pada seorang gadis biasa-biasa ? Hati Affin yang dahulunya dingin beku kini cair kembali apabila bertemu dengan Nisa. Namun, kisah hati mereka sebentar cuma apabila akhirnya masing-masing membawa haluan diri kerana benteng yang sengaja dicipta oleh Affin. Bagaimanakah pengakhiran kisah mereka ? Mampukah mereka bahagia dengan 'lagu cinta' mereka sendiri ?All Rights Reserved