Marilyn Beckharm mempunyai deria keenam. Siapa sangka dia telah menyertai sebuah organisasi rahsia mengenai penyiasatan paranormal. Dia telah banyak membantu pasukan penyiasatan memandangkan dia memiliki keistimewaan deria keenam itu. Pada cuti musim panas yang akan berlaku, dia mengambil keputusan untuk menyertai pasukan organisasi tersebut dalam menjalankan sebuah penyiasatan ke atas sebuah rumah agam berhantu. Di sana, dia telah menemui seorang lelaki misteri yang seringkali membantunya dalam menjalankan penyiasatan tersebut. Malangnya, lelaki itu telah menghilangkan diri ketika Marilyn ingin berterima kasih kepadanya semasa akhir penyiasatan itu. Namun begitu, suatu malam bulan penuh telah membongkarkan segala-galanya. Dia sedar nyawanya dalam bahaya. Dia tidak mampu berpatah balik. Pada masa yang sama, sejujurnya dia mulai menyukai lelaki misteri itu. Tapi, mengapa? Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? .......... *So, reader sekalian, teruskan sabar menunggu update bab demi bab seterusnya. Jangan lupa komen dan vote.😄😄❤All Rights Reserved
1 part