#GHOST - ZURA RAHMAN
  • Reads 1,983
  • Votes 18
  • Parts 5
  • Reads 1,983
  • Votes 18
  • Parts 5
Ongoing, First published Dec 14, 2017
Dia bagaikan seorang halimunan. Kewujudannya diakui, tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya; dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama. Codenamenya - GHOST.



Apabila Geng Gagak Hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat.



Budi yang ditabur, telah mengheret Dr Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang digelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu?



Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr. Daryn Areena tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dan tidak, dia keliru.



If there is no one else that you can trust, trust yourself. But, if you can't even trust yourself, you have to trust me - Ghost

Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu?



Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu... penuh kedukaan.  Dia... diselubungi tanda tanya. Misteri tentangnya tiada bernoktah. - Dr Daryn Areena


Siapa dia yang sebenarnya?
All Rights Reserved
Sign up to add #GHOST - ZURA RAHMAN to your library and receive updates
or
#195mystery
Content Guidelines
You may also like
𝐀𝐤𝐮 𝐅𝐚𝐥𝐞𝐞𝐪 𝐊𝐡𝐚𝐧 by missdiraa
9 parts Ongoing
𝟏𝐬𝐭 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞-𝐓𝐡𝐫𝐢𝐥𝐥𝐞𝐫 𝐍𝐚𝐝𝐫𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐚 | 𝐅𝐚𝐥𝐞𝐞𝐪 𝐊𝐡𝐚𝐧 "Aku polis. Aku tahu mata seorang psikopat." Hanya kerana satu kejadian, Nadra menjadi lebih taksub untuk menemui dan mencari manusia yang layak digelar sebagai iblis. Gentar dan takut tidak ada dalam sejarah hidupnya malah dia menginginkan hal ngeri muncul di depan mata. "Kau ni memang psiko, Nad." Selalu digelar psiko, itu normal bagi Nadra Sofea. "Kau siapa?" - 𝐍𝐀𝐃𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐅𝐄𝐀 "Aku Faleeq Khan. Inspektor Faleeq." - 𝐅𝐀𝐋𝐄𝐄𝐐 𝐊𝐇𝐀𝐍 Hadirnya seorang lelaki yang berpangkat Inspektor memancarkan aura tajam telah menarik perhatian Nadra Sofea. Entah kenapa kehadiran lelaki itu membuatnya tertarik bercampur dengan kecurigaan. "Kes ni melibatkan kes pembunuh kejam. Orang ramai sekarang tengah fikir Malaysia ni aman? Damai? Takkan ada pembunuhan? Kau percaya ke semua tu? Kalau aku, aku takkan percaya. Selagi pembunuh yang potong semua jari mangsa tak ditangkap, Malaysia takkan aman." - 𝐅𝐀𝐋𝐄𝐄𝐐 𝐊𝐇𝐀𝐍 "Awak tak rasa penderitaan. Awak tak tau apa yang saya rasakan selama ni. Yang awak beria sangat minta saya berhenti siasat kes ni kenapa?" - 𝐍𝐀𝐃𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐅𝐄𝐀 "Sebab kes ni terlalu bahaya untuk kau, Nad." - 𝐅𝐀𝐋𝐄𝐄𝐐 𝐊𝐇𝐀𝐍 Sekeras apapun seorang Faleeq Khan cuba menentang, namun tidak dapat melawan kedegilan dalam diri Nadra Sofea. Selagi mata kepalanya tidak bertentang mata dengan iblis itu. Jangan harap dia akan berundur. "Dah lama aku tunggu dia."
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
56 parts Complete
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
You may also like
Slide 1 of 10
Suamiku Mr.Bad Boy cover
Babygirl kepunyaan mafia cover
FALAH | Serunai Maut ✔ cover
TERSESAT KE ALAM BUNIAN cover
𝐀𝐤𝐮 𝐅𝐚𝐥𝐞𝐞𝐪 𝐊𝐡𝐚𝐧 cover
Rarepunzel cover
Thriller : Wais Ayden ✓ cover
The Forced Fame [COMPLETE] cover
Bidadari Syurgaku . ( C ) cover
(C) HANYALAH DIRIMU   cover

Suamiku Mr.Bad Boy

54 parts Complete

Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam aku dalam lif ni ? ". Kata Rafael sambil mengangkat sebelah keningnya dan mengukirkan senyuman nakal di bibirnya. " Apa maksud awak ?? awak lelaki macam mana ?". Tanya Hanania cuak. Rafael mendekatkan wajahnya pada wajah hanania dan membisikkan sesuatu. " Bad boy". Bisik Rafael.