Irdina Iman, dia terperangkap dalam cinta semalam yang mencipta kenangan terindah, lantas kenangan itulah yang terus memburu hari-harinya. Merasa masih berteman cinta Nashrul, dia terus terbuai sepi yang indah dan atas alasan itu dia tidak tega menerima cinta sesiapapun. Kembali ke daerah kenangan, dia sedar, tiada apa yang tertinggal untuknya sedang Nashrul kini meniti kebahagiaan bersama Yasmeen. Meski terkilan betapa liciknya Yasmeen merampas cinta Nashrul daripadanya, dia harus pasrah. Dia harus bangkit dari kecewa yang tidak bertepi lalu membina kebahagiaannya sendiri. Bertemu teman sepermainan, hati terpaut pesona dan dia mula meragui ikrar hati betapa Farieth itu hanya teman seperainan yang berkongsi keindahan zaman kanank-kanak. Farieth bersahaja, membukti cinta hanya dengan gurauan dan membuatkan Iman berhenti berharap. Namun saat Farieth benar-benar melafaz cinta, Iman tidak mampu menerima kerana saat itu jugalah hadirnya Sophia. Kehadiran Sophia meskipun bukan pintanya namun kerana gadis itulah dia menemui susur galur keturunannya yang memungkinkannya menjadi pewaris Tengku Mahyudin. Namun ia bukan alasan untuknya menafikan cinta buat Farieth hanya kerana Sophia adalah sepupunya. Dia berani merebut cinta! Dalam kekalutan mahu memaknakan cinta, Nashrul kembali, mahu mencantum sisa cinta yang bersisa. Saat hati memerlukan Farieth, lelaki itu juga pergi bersama limpahan prasangka. Yang singgah di lamannya hanya berita pertunangan Farieth dan Sophia. Iman_dia gadis yang belajar dari pengalaman. Kehilangan cinta Nashrul dulu tidak dipertahan dan hari ini dia harus mempertahan cinta Farieth hingga menjadi milik mutlaknya!