SENYUMLAH, DUNIA MASIH INDAH [OG]
4 parts Ongoing ﷽
- SYUHADAH 14th book
Muhammad Atheef, 30 tahun yang merupakan seorang bekas jurutera pelantar minyak diuji dengan ujian yang agak berat pada mata orang lain, tetapi baginya ia merupakan titik mula kepada sebuah perubahan. Hidup yang pada awalnya terlihat bahagia, kini hancur sekelip mata. Dunia seakan-akan sedang menutup pintu untuknya. Tetapi Atheef memilih jalan yang lain. Dia tidak menyerah, malah dia memilih untuk memberi.
"Saya dah lama kejar dunia. Dan sekarang Allah nak suruh saya kejar akhirat pula. Yalah, dunia tak pernah menjanjikan bahagia untuk saya."
Dengan sisa nyawa yang ada, dia meninggalkan keselesaan dunia untuk menyelusuri tempat-tempat yang dilanda derita. Dia menghulur bantuan, memeluk anak-anak yatim, bermain dengan mereka dan mengajar mereka satu perkara paling mudah tetapi penuh makna.
Senyum.
Atheef belajar bahawa senyuman itu adalah kunci bahagia. Kasih sayang yang tulus boleh menyejukkan hati yang paling panas. Keberaniannya menjadi inspirasi. Dan pengorbanannya? Membuat dunia berhenti sejenak lalu sedar bahawa nilai nyawa jauh lebih tinggi daripada segala kemewahan dan harta.
"My pain is only one percent of their sufferings."
Terimalah, SENYUMLAH, DUNIA MASIH INDAH.
START: 30 OKTOBER 2025
END: