"Cik Laura.."
"Saya rasa macam menang loteri. Cik Laura tiba-tiba nak berkawan dengan saya dan sekarang cik tersenyum dan ketawa bersama saya." - Raiz
Laura Qaisara , semenjak dia tinggalkan Empire Gold Resort , tak tenang jiwanya ! Setiap hari dia teringat akan Raiz , si pekerja hotel.
Demi untuk berjumpa dengan Raiz semula , dia sanggup buat kerja gila ! Lantaklah lah kerja everyday sambut tetamu and kena senyum 24/7 dia sanggup asalkan Raiz ada di sisinya.
Kerana Laura sentiasa berada di mana sahaja Raiz berada , membuatkan Raiz mula merasai perasaan yang sama. Masing-masing suka sama suka tetapi mereka juga yang menolak antara satu sama lain.
Semua kerana rahsia Raiz dan rahsia Laura.
Raiz yang tidak mahu kisah silamnya yang tidak matang diketahui Laura dan dalam masa yang sama cemburunya mengeruhkan keadaan.
Laura pula sama seperti Raiz , dia tidak mahu kisah silamnya menjadi masalah kepada penghijrahannya tetapi kerana cemburu Raiz telah melukakan hati Laura menyebabkan Laura membawa diri.
Saat mereka bertemu semula , kisah silam salah seorang daripada mereka mula menghantui mereka.
Kisah silam siapa yang menantikan mereka ?
Berapa lama lagi mereka perlu dihantui oleh kisah silam itu ?
Bila semua ni akan tamat ?
[[ W A R N I N G ]]
Cerita ini mengandungi kejadian berdarah, trauma dan cubaan membunuh. Baca atas kerelaan sendiri.
-May 2018-
Aisy Humaira|| Nathaniel kayzen
"Terpisah dalam letupan, dipertemukan dalam rahsia.
Aisy dan Nathaniel, dua kanak-kanak yang diculik dan dijadikan eksperimen. Letupan memisahkan mereka
Aisy hilang ingatan, Nathaniel berubah menjadi lelaki dingin yang memburu masa silamnya.
Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula tanpa menyedari ikatan lama. Aisy diuji dengan fitnah dan kehilangan, sementara Nathaniel bersumpah untuk mencari kebenaran. Dalam kegelapan, cinta dan dendam bertembung.
Mampukah mereka merungkai misteri yang menyelubungi masa lalu, atau segalanya telah terlambat?"
Start:11/2/2025
End: -