kepadamu yang telah pergi aku berterima kasih kerana pernah hadir di hati ini meskipun waktunya singkat tetapi begitu banyak yang aku belajar darimu aku belajar bagaimana cara untuk menghargai seseorang yang benar-benar mencintaiku agar aku tidak ditinggalkan lagi seperti yang engkau lakukan padaku aku minta maaf, minta maaf kerana selalu menyakitimu, dan membuat kau menangis dalam sepi. hanya ditemani oleh sang bintang yang selalu memahami mu, tidak seperti aku. seharusnya aku menjadi perisai, perisai yang selalu melindungimu, menghadang setiap duri yang menghampirimu, namun sebaliknya yang terjadi, akulah yang menjadi duri itu, maafkan aku kekasih. aku tidak pernah menyalahkanmu di atas apa yang telah terjadi kerana aku tahu perpisahan ini terjadi kerana sikapku sendiri yang gagal menjadi seorang lelaki yang benar-benar mencintaimu