Story cover for THE FLOWER by AzmirahJ
THE FLOWER
  • WpView
    MGA BUMASA 9
  • WpVote
    Mga Boto 0
  • WpPart
    Mga Parte 2
  • WpView
    MGA BUMASA 9
  • WpVote
    Mga Boto 0
  • WpPart
    Mga Parte 2
Ongoing, Unang na-publish Dec 24, 2017
Trauma dengan kemalangan yang berlaku , Riana hilang arah tuju . Pak Ciknya pula mengambil kesempatan atas diri membuat Riana ingin bunuh diri . Namun , pada satu malam , Riana bermimpi .Dia berjumpa dengan seorang makcik yang memberinya sekuntum bunga . Keesokannya , sesuatu telah berubah . Masa telah berputar kembali pada waktu sebelum kemalangan.  Pada masa yang sama , muncul seorang lelaki yang mengetahui apa yang sedang berlaku . Apa pun , mampukah Riana memperbetulkan kesilapannya ?
All Rights Reserved
Sign up to add THE FLOWER to your library and receive updates
o
#12time
Mga Alituntunin ng Nilalaman
Magugustuhan mo rin ang
Dia Yang Memadam Neraka [Alternative Version] ni Qstnaafrn
36 mga parte Ongoing
‼️ NEW VERSION OF TUHAN, AKU JATUH PADA BIDADARIMU ‼️ Hanya kerana sebuah cincin yang dicuri, harga sebuah kehidupan harus dibayar. Namun, takdir itu sering kali berbelit seperti benang kusut, mempertemukan dua jiwa yang berbeza ibarat malam dan siang. Lelaki yang tidak pernah tunduk pada Tuhan, dan gadis yang menjadikan Tuhan sebagai pelindungnya. "Kau solat hari-hari, kau mengadu hari-hari. Tapi apa yang kau dapat? Hidup kau masih sengsara. Tuhan kau biarkan kau jadi hamba aku. Apa kau tak rasa bodoh bersujud pada sesuatu yang tak pernah tolong kau?" - Jason Jason adalah bara yang tak pernah padam, mencengkam kewarasan dan meratah sesiapa yang mendekati. Dia bukan sekadar bayang dalam tubuh seorang lelaki, tetapi petaka yang merantai masa silam dan masa depan. Qaseh tahu, selagi Jason masih wujud, selagi itu nyawa akan menjadi taruhan. Namun, bagaimana membunuh sesuatu yang tidak berbentuk? Bagaimana menghapuskan gelap yang telah lama berakar dalam jiwa seseorang? Satu-satunya jalan adalah... mengahwini Leonardo. "If marriage, happy family and women are what Jason hates the most, then maybe that's the only way to destroy him," - Qaseh Aulia Bukan kerana cinta, bukan kerana takdir yang indah. Tetapi kerana ini adalah satu-satunya cara untuk memadamkan neraka yang selama ini membakar. Namun, api yang membakar tidak selalu padam dengan air. Ada bara yang tersimpan dalam diam, menunggu masa untuk menyala kembali. Perkahwinan ini bukan sekadar ikatan. Ia adalah pertaruhan. Antara jiwa yang mahu diselamatkan dan kegelapan yang enggan dilepaskan. Apakah Jason benar-benar akan lenyap? Atau Leonardo yang akan tenggelam dalam bayangan sendiri? Kerana ada luka yang tidak pernah sembuh, ada dosa yang tidak pernah terhapus, dan ada kegelapan yang tidak pernah benar-benar mati. Dan ketika semuanya hampir berakhir, barulah Qaseh sedar- Ada api yang hanya boleh padam dengan darah.
🌼PELUANG KEDUA 🌼 (COMPLETED) ni cerita_kita_official
43 parte Kumpleto Mature
Haruskah aku memberikan peluang kedua itu? Sesungguhnya hatiku sungguh terluka. Sudah puas untuk menahan rasa sakit di hati. Sinopsis 💜 Tiara Alena, Seorang gadis kampung yang hidupnya sentiasa dirundung duka. Hidupnya sekelip mata berubah setelah ibu bapanya meninggal dan harus menumpang kasih terhadap Makciknya iaitu adik kepada ibu tiara. Banyak derita yang harus dia tempuhi. Tiara dijodohkan dengan seorang lelaki bernama Haqief Aryan. Walaupun di hati tiada cinta, Tiara terpaksa menerima. Sungguh tak terduga bahawa hidup bersama Aryan lebih banyak kisah duka daripada manisnya. Pernikahan tanpa cinta itu betul-betul membuatkan Tiara derita. Dalam diam, Tiara menyimpan perasaan terhadap Aryan kerana sikapnya yang begitu bertanggungjawab dan ambil berat. Namun, Hubungan sebuah ikatan yang suci sebagai suami isteri menjadi huru hara dan satu keadaan telah menyebabkan tiara menjauhkan diri. Hatinya begitu terluka dan terus membeku. Saat itu, ungkapan cinta dan sayang dari Aryan sudah tidak bermakna lagi. " Tiara....Abang sudah jatuh cinta pada tiara sejak pertama kali kita berjumpa. Tolong beri abang peluang untuk perbaiki semua kesilapan abang..." ~ Haqief Aryan. " Maaf Aryan, Hati aku sudah penat untuk lalui hidup bersama kau. Pergilah! Ceraikan aku!! " ~ Tiara Alena. Apakah kesudahan kisah rumah tangga mereka? Masih adakah ruang untuk Aryan di hati Tiara? Adakah Aryan mendapatkan kemaafan dari Tiara? Ketahui kesudahan kisah mereka dalam Peluang Kedua versi Sabahan.
7. Forever I'm For Yours ni TintaHitamTanpaArah
56 mga parte Kumpleto
Apa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna. "Awak tanya kenapa dengan saya?"soal Yuan dengan berang. Reyna hanya berdiri di situ memerhati wajah Yuan. Tak kira la waktu marah waktu senang Yuan tak pernah tak buat Reyna terkesan dengan rupa yang dimiliki oleh lelaki itu. "Ya...saya ada buat salah apa-apa ke?"balas Reyna. "Saya ingatkan saya dah beritahu Killian supaya jauhkan diri dari awak?Still saya dapat tahu awak keluar dengan dia?Tak cukup dengan tu..awak keluar dengan mereka berempat?"soal Yuan sambil tunjukkan tangan ke arah pintu kaca di belakang Reyna. Reyna mengedipkan mata dua kali sebaik mendengar kata-kata itu. "Awak luangkan masa dengan mereka sampai lupa tugas awak dekat sini...di sisi saya..untuk syarikat ni..awak ingat saya tak tahu ke yang awak luangkan masa di luar dengan setiap seorang dari mereka..."marah Yuan lagi. Reyna tenung wajah berang Yuan sebelum selak anak rambutnya ke belakang telinga lantas berkata. Kenapa pulak Yuan ni? "Bukan ke awak yang bersungguh nak saya lakukan semua ni?Dan sekarang awak salahkan saya?"tanya Reyna dengan perlahan. Tangan Yuan jatuh ke sisi. Dia pandang Reyna dengan kening mencerlung. "Iya...tapi bukan macam ni...awak sibuk sampai call dan mesej saya awak susah nak balas..!" luah Yuan lagi. Dah memang betul pun. Sejak dua menjak ni dia perhati Reyna selalu keluar pejabat dan luangkan masa dengan Killian tak seperti Reyna lakukan. Hal tu buatkan dia jengkel. Rasa macam dipulaukan pun ada. "Awak dah berkahwin Yuan...dah ada isteri. Dan akan mempunyai anak tak lama lagi... Kenapa awak peduli akan urusan saya?"balas Reyna dengan kening berkerut tak faham. "Sebab siapa saya dalam situasi ni sekarang?"Yuan tunjuk dada dia dengan bengang. "Beritahu saya sebab siapa?"mata lelaki itu kemerahan. Mac 2020
SALAHKAN AKU ni RabihahNurRidhuan
69 mga parte Kumpleto
Kemalangan itu cuma tiga saat... tetapi kesannya, seumur hidup. Fayyad kehilangan segalanya dalam dentuman yang sepatutnya tidak berlaku. Penglihatan, kerjaya, harga diri, dan masa depannya. Dunia yang dulu terang kini tinggal kelam.Dan orang yang menyebabkan semua itu masih hidup. "Kita ni doktor, Is. Kita dicipta untuk selamatkan orang. Tapi kali ni, akulah punca kematian. Dan kalau aku gagal tarik Fayyad balik ke dunia ni... aku pun dah tak layak untuk terus hidup lagi." - Hana Hana, seorang doktor yang sepatutnya menyelamatkan nyawa, tetapi kali ini dia telah membunuh satu nyawa kerana kelalaiannya. Apa yang lebih menyakitkan dia hanya luka ringan sedangkan adiknya mati dalam pelukan, dan Fayyad buta seumur hidup.Rasa bersalah itu membelit setiap nafasnya. "Kau curi hidup aku! Kau ambil mata aku... dan sekarang datang dengan air mata bodoh tu?! Kau fikir... dengan menangis depan aku, Tuhan akan pulangkan penglihatan aku?!" - Fayyad "Fayyad... bunuh aku kalau itu boleh buat kau lega. Aku tak kisah. Aku memang patut dihukum." - Hana Fayyad tak pernah lupa, dan tak akan pernah maafkan. Apatah lagi bila tunang Hana sendiri, Dr. Iskandar menjadikan cemburu sebagai senjata untuk menjatuhkannya. "Ada sesuatu dalam mata dia... yang buat Is rasa cemburu dan takut. Walau Fayyad hancur, dia tetap ada ruang dalam hati Hana. Dan ruang tu... bukan untuk Is." - Iskandar Pertemuan semula mereka di Singapura, dalam projek teknologi untuk orang buta, menyalakan kembali luka yang belum sembuh. Dan di tengah tekanan masa, Hana membuat keputusan gila. "Kalau satu-satunya cara awak boleh teruskan rawatan ini... adalah dengan status sah untuk tinggal di sini... Kahwin dengan saya. Kontrak. Enam bulan. Cukup untuk mohon long-stay visa. Lepas itu, awak bebas." - Hana Salahkan Aku adalah kisah tentang jiwa yang mati sebelum waktunya. Tentang dosa yang tak boleh diampunkan. Dan tentang cinta yang mungkin wujud... tapi dibina atas kubur rasa bersalah dan kemarahan yang tak pernah padam.
Broken Bodies (21+) ni nova_amarylis
29 mga parte Kumpleto Mature
COMPLETED ✅✅ Selepas bercerai, Yara Isabella berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat memulakan hidup baru-lebih tenang, lebih baik, dan lebih dekat dengan agama. Dalam pencariannya, dia bertemu seseorang yang kelihatan berbeza dari lelaki-lelaki lain. Seorang yang sabar, yang sedia membimbing, yang membuatnya percaya bahawa perubahan itu mungkin. Tapi kepercayaan itu tidak bertahan lama. Sentuhan pertama mengubah segalanya. Janji-janji yang dulu diucapkan hilang dalam nafsu yang semakin rakus. Niat untuk berkahwin lenyap begitu saja, dan Yara mula sedar, dia hanyalah alat pemuas yang diberi nama lain. Namun, Yara tidak akan membiarkan dirinya menjadi mangsa lagi. Jika ini permainan yang ditetapkan untuknya, dia akan bermain dengan cara sendiri. Kerana di luar sana, masih ada yang sanggup membayar harga untuk menyentuhnya. Tapi sampai bila? Dan di saat dia ingin keluar dari kegelapan ini, masihkah ada cahaya untuknya? >>>Nota Penulis👇🏻 Kisah ini diinspirasikan daripada pengalaman sebenar seseorang yang pernah berkongsi ceritanya dengan author. Author hanya menyusun semula dalam bentuk penceritaan, dengan sedikit olahan untuk memberi lebih impak kepada pembaca. Nama, lokasi, dan beberapa peristiwa telah diubah bagi menjaga privasi individu yang terlibat. Namun, emosi dan hakikat di sebalik kisah ini tetap kekal. Amaran diberikan sebab cerita ni ada banyak unsur-unsur seks dan keganasan, diceritakan oleh pemilik sebenar dan author tulis sebiji seperti yang diceritakan.
Magugustuhan mo rin ang
Slide 1 of 10
Dia Yang Memadam Neraka [Alternative Version] cover
Berikan ku jawapan (edited and completed) cover
(Completed√) DANGEROUS SOUL cover
🌼PELUANG KEDUA 🌼 (COMPLETED) cover
Luka Yang Tak Terlihat [COMPLETE] cover
7. Forever I'm For Yours cover
SALAHKAN AKU cover
Broken Bodies (21+) cover
CRUSH SEASON 1 [Complete ✅] cover
Maafkanlah Aku cover

Dia Yang Memadam Neraka [Alternative Version]