Berkali-kali cerita ini diadaptasi dan diubah penceritaannya. Apa pula kelainan kali ini? Adakah Cinderella yang terdesak memakai selipar ke majlis tari menari di istana? Mem Emey selaku ibu tiri yang kejam tapi takut ke tandas bersendirian? Mary kakak tiri yang mungkin bertemu dengan pengakhiran yang lebih baik dari mendapat kaki cacat selepas upacara menyarung kasut? Atau adakah Putera Daniel yang berusaha sendiri mencari wanita idamannya tanpa mengharapkan takdir semata? Cerita yang sama tetapi berbeza