Sakit Ini, Siapa Dengar?: Luahan, Bukan Inspirasi
30 parts Ongoing "Sakit Ini Siapa Dengar"
Bukan kisah untuk menginspirasi sesiapa,
tapi hela nafas yang cuba terus hidup meski retak dalam diam.
Ini kisah Safwan -
yang terlantar, bukan hanya kerana tubuh,
tetapi kerana perasaan yang tidak pernah dirawat dengan sungguh-sungguh.
Dari katil hospital yang jadi saksi air mata yang disembunyikan,
hingga suara hati yang hanya berbisik dalam sunyi.
Bila semua orang minta dia kuat,
tapi tak pernah benar-benar bertanya,
"kau okay ke, sungguh-sungguh okay?"
Ini bukan cerita wira.
Ini cuma luahan seseorang yang letih jadi kuat,
namun masih hidup,
masih di sini,
masih cuba jadi manusia -
walau dunia rasa tak peduli.
Ini kisah Safwan.
Kalau kau pernah rasa sesak dalam tenang,
cerita ini mungkin bukan asing untuk kau.