6 parts Ongoing PENERANGAN CERITA : Ciuman Neraka
Elvira Qistina-seorang gadis biasa, hidup tenang di sebuah pekan kecil yang dikelilingi hutan purba. Namun segalanya berubah apabila dia tersesat di dalam hutan dan diselamatkan oleh seorang lelaki misteri bernama Zevran Althar Draven-seorang vampire purba yang telah tidur selama beratus tahun... dan kini terjaga kerana bau darah Elvira telah membangunkannya.
Zevran tak melihat Elvira sebagai mangsa. Bagi dia, Elvira ialah miliknya. Reinkarnasi cinta lamanya, atau mungkin takdir baru yang dihantar oleh kegelapan. Dia tak hanya mahukan Elvira... dia taksub. Nafsu, darah, dan cinta menjadi satu permainan bahaya.
Elvira cuba melawan, cuba melarikan diri. Tapi setiap sentuhan Zevran menghantui tubuhnya. Setiap renungan Zevran menjentik naluri gelap dalam dirinya. Hutan itu bukan sekadar tempat, tapi perangkap jiwa-dan Zevran ialah penjaga yang takkan membiarkannya pergi.
Dalam dunia Zevran, tiada cinta yang suci. Hanya ciuman yang berdarah. Hanya obsesi yang membakar. Dan Elvira Qistina... akan mencium nerakanya, sama ada dengan rela atau dalam jeritan.