Nureen Azreen. Pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Tun Ibrahim. Setiap kali ujian Nureen sering mendapat tempat pertama dalam kelas. Sudah tentu orangtuanya bangga dengan keputusan Nureen yang street A+ itu. Sehingga ramai pelajar yang menyukainya terutamanya pelajar lelaki. Namun, kemunculan Syafiq Azril disekolah itu membuatkannya tidak tenang. Ada sahaja yang lelaki itu tidak puas hati dengannya. Tidak sedarkah Syafiq bahawa dia itu pelajar baru di Sekolah Menengah Tun Ibrahim? Atau buat-buat tidak sedar? Ariana Rose. Teman wanita kepada Syafiq Azril yang sombong lagi angkuh itu. Ariana juga sama jenis seperti Syafiq. Entah apa yang dia tidak puas hati dengan Nureen. Tapi yang jelasnya, dia sebenarnya dengki dengan kepintaran Nureen. Adam Mikhael. Pelajar cemerlang seperti Nureen. Adam adalah senior Nureen yang dalam diam meminati Nureen. Dengan sifat kasar, garang dan mulut laser Nureen itulah yang telah membuatnya jatuh hati. Jika benar itu cinta, Lepaskanlah.. Jika benar dia jodohmu, Perginya takkan kemana jua.. PERHATIAN❗ Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata penulis. Karya penulis sendiri. Cerita ini tidak ada kena mengena dengan diri penulis mahupun yang sudah meninggal dunia. Dilarang menyalin, meniru atau mencetak semula cerita ini kecuali sudah mendapat kebenaran daripada hak pemilik cerita tersebut.