Philophobia 1
" maaf," kedengaran suara garau. Melihat lelaki itu meninggalkan seorang perempuan yang terpingga2. Tanpa sedar airmatanya jatuh. Melihat gadis tersebut hampir menangis dan bakal menjadi tontonan umum di situ membuat dirinya menghalang pandangan gadis tersebut dari menjadi tontonan umum. 'ehhh,' bisik hati si gadis itu bila melihat pandangan matanya di halang tubuh yang dia sendiri tidak kenali. "menangis la sepuas hati. Saya halang awak dari di lihat orang ramai,"kata si pemilik tubuh tersebut. Sewenang-wenangnya, tubuh tersebut menjadi tempat dia melepaskan luahan. Bahunya di usap sebagai tanda supaya dirinya tenang.
Baju yang hampir mendedahkan tubuhnya kerana hujan ketika saat dia menangis menjadikan pandangan rakyat di situ tertumpu padanya. Serta merta si penyelamat memberi jaketnya kepada Sakura. Sakura mengangguk tanda dia berterima kasih. Kepalanya di usap.Sampai di station keretapi, mereka membawa haluan masing. Tanpa sedar jaket yg tersarung di tubuh sakura membawa kepada permulaan cerita baru dalam hidup sakura.
Kediaman Satoshi
Pintu di buka dari luar. Kaki menjejak masuk ke dalam rumah. "cik muda?," kata pembantu rumah yang terkejut melihat cik mudanya kebasahan. "Cik anne, bawakan tuala utk cik muda,"balas Puan Satoshi bila melihat satu2nya anak perempuannya kebasahan. "maaf ibu, saya balik dalam keadaan basah. Kat bandar tadi hujan sesangat dan saya lupa bawa payung,"kata Sacchi sambil ibunya membantu mengeringkan kepala Sacchi yang kebasahan. Melihat Sacchi yang sentiasa tersenyum cukup membuat Puan Satoshi tidak kesampaian memarahinya. "tak mengapa, naik ke bilik, kemaskan diri dan mandi bila tab mandi telah di sediakan. Nnti ibu pesankan pada cik anne utk sediakan tab mandi utk sacchi mandi,"balas Puan Satoshi sambil mengarah pembantu rumah tersebut. Sacchi mengangguk. Mengenang kembali perkara sebab dia basah sebegitu membuat dia tertanya2, adakah mereka akn ketemu lagi?