Disayangi Bulan, Dihina Matahari
1 part Ongoing "Pernah tak kau hadapi situasi di mana kalau kau tak ikut apa yang orang lain buat, kau akan disisih dari masyarakat?
Aku? Mestilah. Itu sajalah cara untuk aku pastikan yang aku dapat hidup dengan tenang bersama dengan orang sekeliling aku.
Apabila mereka melutut, aku juga tunduk kepada bulan mereka.
Apabila mereka tidur di tengah hutan semasa malam, aku pun turut sama membawa selimut aku.
Apabila mereka memburu manusia sebagai makanan, aku...aku kata aku vegetarian.
Hmmm, susah jadi manusia yang menyamar hidup dengan masyarakat werewolf."
--------------
Bukan mudah untuk Lia menyamar hidup bersama puak werewolf.
Lia mempunyai misi untuk mendapatkan sesuatu dari kumpulan Firehill yang terkenal dengan masyarakat werewolf yang benci akan manusia.
Semuanya berjalan lancar namun apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang individu Firehill yang sering dikenali dengan perwatakan gila, Lia sedar misinya akan bertambah sukar.
##########
Disclaimer. Author has chronic commitment issue.
Sorry ah (ㆆ.ㆆ )