Daniel sanggup terbang ke Jepun semata-mata untuk mencari Dajeong, kekasihnya yang dilaporkan hilang secara misteri selepas pergi ke sebuah tempat bernama Kubitani. Selepas berfikir panjang, Daniel mengambil keputusan untuk terbang ke Tokyo untuk mencari Dajeong. Pada awalnya dia ingin terbang ke sana bersendirian tetapi sahabat baiknya. Seongwoo juga mahu membantu Daniel mencari Dajeong. Daniel tidak membenarkan Seongwoo untuk turut serta tetapi selepas Seongwoo menyakinkan Daniel, Daniel terpaksa mengalah. Tambahan pula, Seongwoo mempunyai 'sahabat pena' di Jepun yang bernama Momo. Momo juga mempunyai rumah tamu sendiri. Oleh itu, Seongwoo menggunakan alasan itu supaya dia dapat menemani Daniel. Sebaik sahaja tiba di Tokyo, Daniel dan Seongwoo disambut dengan mesra oleh Momo. Pada hari yang sama juga, Daniel ingin terus ke Kubitani tetapi Momo melarangnya untuk ke sana terlebih dahulu. Daniel perlu tahu serba sedikit tentang Kubitani dan pantang-larangnya. Daniel terpaksa akur dengan permintaan Momo dan menunggu sehari lagi untuk ke Kubitani. Keesokan harinya, Momo membawa mereka berdua ke Kubitani. Sebaik sahaja tiba di Kubitani, mereka bertiga memulakan pencarian. Namun selepas menemui jalan buntu, mereka bertiga ambil keputusan untuk pulang sahaja. Ketika mereka sedang menyeberangi sebuah jambatan gantung, Seongwoo dan Momo terpisah dengan Daniel dalam kabus tebal. Apabila kabus mula reda, Daniel sudah tidak berada di atas jambatan gantung itu lagi. Ke manakah Daniel menghilang?