Hadirnya Cinta
  • Reads 2,131,861
  • Votes 58,660
  • Parts 121
  • Reads 2,131,861
  • Votes 58,660
  • Parts 121
Complete, First published Jan 07, 2018
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku.  Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni.  Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat mana-mana universiti.  Apa yang aku tahu aku nak kerja je.  Nak menambahkan duit poket yang sedia kosong ni.  Nampak je aku ni macam baik tapi sebenarnya aku tak baik mana pun. Tapi, hidup aku mula haru-biru bila terjumpa balik dengan si sengal Aryan ni.  Memang menyesakkan hidup aku.  Aku tak sangka pulak yang baby Dania adalah anak dia.  -Airis Afina.

Selepas kehilangan isteri aku, aku tak terfikir langsung nak cari mana-mana perempuan untuk dijadikan pengganti kepada isteri aku.  Aku tak bersedia lagi untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ni.  Cukuplah aku dah kehilangan isteri aku di saat dia bertarung nyawa untuk melahirkan anak aku ke dunia ni.  Pengorbanan dia tak mampu dibalas.  Aku rasa lebih baik aku membujang sampai bila-bila dan menjaga Dania dengan penuh kasih-sayang.  Tapi, aku tahu kasih-sayang aku saja tak cukup.  Dania memerlukan kasih-sayang seorang ibu.  Tapi, aku malas nak ambik tahu sebab aku tahu ada aku pun dah mencukupi.  Tapi, kenyataan aku salah sama sekali apabila aku berjumpa dengan Airis.  Ada sesuatu pada diri Airis yang membuatkan aku terima dia dalam hidup aku. -Aryan Ezzriq

"Oh...Nur Aqira Dania ni anak dia rupanya..." ~Airis Afina.

"Tak sangka pulak aku yang dia jadi babysitter dekat nursery ni..." ~Aryan Ezzriq.

Semakin Airis cuba mengelak dari berjumpa dengan Aryan, makin kerap mereka bertemu.  Tidak kiralah di mana sahaja, pasti Airis akan bertembung dengan lelaki itu.  Lari macam mana sekalipun, tetap akan berjumpa.

"Kau follow aku eh? Semaklah asyik jumpa kau je!" ~Airis Afina.

"Eh? Sapa yang follow kau hah? Apa? Ingat ni jalan bapak kau ke? Ingat kau sorang je boleh lalu jalan ni?" ~Aryan Ezzriq.



©Highest ranking #5 in romance (13/4/2018)
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Hadirnya Cinta to your library and receive updates
or
#101cinta
Content Guidelines
You may also like
ANGGUN ADHIYA ✔️ by ESYAMAI
51 parts Complete
4th Story ❤ Anggun Adhiya Affan Al-Haq Cinta dan Sayang. Dua perkara yang tidak boleh dipaksa dan kehadirannya tidak kita ketahui. ANGGUN ADHIYA, demi menyempurnakan hajat arwah ayahanda nya. Dia sanggup meninggalkan lelaki yang sudah lama bertakhta dihatinya. Itupun, bersebab. AFFAN AL-HAQ, hatinya sudah tertutup serapatnya untuk menerima kehadiran insan bernama wanita didalam hidupnya. Sakit, itu yang dia rasakan saat mengetahui wanita yang dicintainya pergi buat selamanya disaat dia sedang menanti hadirnya hari untuk wanita itu dihalalkannya. Namun, pertemuan dua manusia yang bagaikan langit dan bumi ini mampu merubah segalanya. Anggun, seorang gadis yang manja, periang, peramah tinggal sebumbung dengan Affan yang dingin, beku dan garang bak harimau. "boleh tak jangan garang sangat. Seram tahu tak?? "-Anggun "ada aku kacau hidup kau?? Tak ada kan?? "-Affan Sayang?? Tipu la kalau Affan tak jatuh sayang pada gadis bernama Anggun itu setelah beberapa bulan tinggal bersama. Tapi, itu sayang sahaja. Cinta? Belum lagi. "saya Melina, kakak kepada arwah Melisa. Bekas tunang Affan. "-Melina. Hadirnya, untuk menguji sekuat mana rumah tangga Affan dan Anggun. Namun ternyata, tidak la kukuh seperti masjid diluar sana. Baru disentuh sedikit, sudah bergoyang. "aku tak boleh Anggun. Aku tengok dia, teringat arwah Melisa. "-Affan "jadi, kahwin la dengan dia. Pasal saya, tak apa. Tolak tepi okay?? Saya okay. Saya ikhlaskan hati saya untuk bermadu. Janji, awak bahagia. "-Anggun Kahwin dengan Melina?? Adakah itu keputusan akhir Affan??
MENANTI KAMU by aleksssander
51 parts Complete
Pertembungan empat mata antara mereka di bakeri buatkan RAIHAN MAHFUZ jatuh cinta pandang pertama terhadap si gadis. Raut wajah yang menenangkan, suaranya yang lemah lembut dan senyumannya yang manis. Sungguh buatkan dirinya jatuh. Dalam kepala, sudah berkira-kira menyusun pelan untuk memikat si dia. Saat dia tahu gadis pujaannya merupakan anak kepada kenalan keluarga, dan umi pula dengan senang hati menghulurkan bantuannya, dia nekad untuk mencuba. "When I said that you light up their world, I really mean it. Everything about you, your presence, brightens up my world, Sirin Wafia." - RAIHAN MAHFUZ Bagi SIRIN WAFIA, dia tak nafikan ciri-ciri lelaki baik sememangnya ada pada seseorang bernama Raihan Mahfuz. Tetapi jiwa dan hati tak mungkin dengan mudah diserahkan pada lelaki itu. Janjinya, dirinya hanya untuk ABRI, nama insan yang terpahat kemas dalam dada. "Janji dengan aku? Aku untuk kau, dan kau untuk aku. We will build our life. Together." - SIRIN WAFIA "Janji." - ABRI Kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku dalam hidup Sirin. Hanya satu cara yang boleh dia lakukan untuk menebus segalanya. Iaitu dengan melamar Raihan Mahfuz menjadi suaminya. Disatukan dengan gadis yang dia cinta? Raihan terima. Sirin? Semestinya tidak. Tapi demi keluarga, dia rela berkorban. Saat terlafaznya akad, janji untuk membahagiakan isteri dipateri oleh Raihan. Dia sedaya upaya mencuba, tetapi benteng yang dibina terlalu susah untuk dia robohkan. Hakikat bahawa nama lain yang terisi dalam hati Sirin, dia berbelah bahagi. Perlukah Raihan mengundur diri demi bahagia sang isteri? Berapa lamakah dia perlu menanti supaya sekelumit rasa cinta dan kasihnya terisi dalam dada si dia? Adakah pengakhiran yang bahagia bakal berpihak pada mereka? 𝐓𝐖 : ‼️‼️ mention of : suic*de, anxiety, panic attack START : 19/7/2022 END : 1/9/2024
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
48 parts Complete
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
Takdir Kita Tercipta [ C ] by flowerzeus
80 parts Complete
『 ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ʙʏ ғʟᴏᴡᴇʀᴢᴇᴜs 』 sᴛᴀᴛᴜs : complete ᴄᴏᴠᴇʀ ʙʏ ; @Aizack_Mesle ━━━━━━━━━━━━━━━ Pertemuan yang terjadi telah meruntuhkan dinding kekuatan yang dibina sejak lima tahun lamanya. "Yes, do I know you?" "...Abang takkan terpedaya dengan cara tu..." Jejaka yang ditemuinya di Australia dulu sudah dijadikan suami. Namun, setelah tiga bulan bersama mereka terpaksa berpisah. Tunduk dan patuh pada keadaan. Lima tahun ditinggalkan, kini Ziyad Ar Aqasha kembali demi memburu cinta sejatinya yang hilang. Di sisi lain pula, si gadis bernama Aireen Amanda sudah tekad untuk maju ke hadapan. Janjinya pada diri sendiri adalah untuk tidak bertemu lagi dengan lelaki itu. Tapi janji hanya tinggal janji apabila situasi yang tidak terduga telah mempertemukan dia dan Ziyad semula. Saat itu, dunia yang disangka akan indah kembali gelap. "Apa semua ni?" "...Reen masih lagi isteri abang yang sah" "What exactly is that supossed to mean? Mustahil..." Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cintanya kepada lelaki lain. Baginya, bertemu semula dengan Ziyad hanya membangkitkan luka lama. Parut yang tinggal berbekas akan berdenyut kembali. "What should I do, Aryan?" "Kita kahwin..." Hadirnya antagonis baru menambahkan lagi ujian dalam takdir yang telah tercipta. "Ziyad, I miss you" "You dah tak sayangkan I lagi?" "Sayang I tak pernah berubah..." "...I love you. Always" "Hai papa..." "...love you, my dear" Siapa dia? Adakah kehadirannya akan melumpuhkan semangat Ziyad untuk merebut hati Aireen kembali? Bagaimana pula dengan hubungan Aireen bersama Aryan? ━━━━━━━━━━━━━━━ Vote sekali tau!
SOFEA by itswynaa
34 parts Complete
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
You may also like
Slide 1 of 10
ANGGUN ADHIYA ✔️ cover
MR.HITLER✔️ cover
MENANTI KAMU cover
ISTERI SEORANG TENTERA  cover
Takdir Kita Tercipta [ C ] cover
KAU DAN AKU (complete ✅) cover
Perfect Match! cover
Gadis Pujaan Boss cover
Bidadari Tengku Farish Irshad cover
SOFEA cover

ANGGUN ADHIYA ✔️

51 parts Complete

4th Story ❤ Anggun Adhiya Affan Al-Haq Cinta dan Sayang. Dua perkara yang tidak boleh dipaksa dan kehadirannya tidak kita ketahui. ANGGUN ADHIYA, demi menyempurnakan hajat arwah ayahanda nya. Dia sanggup meninggalkan lelaki yang sudah lama bertakhta dihatinya. Itupun, bersebab. AFFAN AL-HAQ, hatinya sudah tertutup serapatnya untuk menerima kehadiran insan bernama wanita didalam hidupnya. Sakit, itu yang dia rasakan saat mengetahui wanita yang dicintainya pergi buat selamanya disaat dia sedang menanti hadirnya hari untuk wanita itu dihalalkannya. Namun, pertemuan dua manusia yang bagaikan langit dan bumi ini mampu merubah segalanya. Anggun, seorang gadis yang manja, periang, peramah tinggal sebumbung dengan Affan yang dingin, beku dan garang bak harimau. "boleh tak jangan garang sangat. Seram tahu tak?? "-Anggun "ada aku kacau hidup kau?? Tak ada kan?? "-Affan Sayang?? Tipu la kalau Affan tak jatuh sayang pada gadis bernama Anggun itu setelah beberapa bulan tinggal bersama. Tapi, itu sayang sahaja. Cinta? Belum lagi. "saya Melina, kakak kepada arwah Melisa. Bekas tunang Affan. "-Melina. Hadirnya, untuk menguji sekuat mana rumah tangga Affan dan Anggun. Namun ternyata, tidak la kukuh seperti masjid diluar sana. Baru disentuh sedikit, sudah bergoyang. "aku tak boleh Anggun. Aku tengok dia, teringat arwah Melisa. "-Affan "jadi, kahwin la dengan dia. Pasal saya, tak apa. Tolak tepi okay?? Saya okay. Saya ikhlaskan hati saya untuk bermadu. Janji, awak bahagia. "-Anggun Kahwin dengan Melina?? Adakah itu keputusan akhir Affan??