MAMAT DINGIN HATI RINDU
  • Reads 27,525
  • Votes 487
  • Parts 15
  • Reads 27,525
  • Votes 487
  • Parts 15
Ongoing, First published Jan 08, 2018
Tajuk: Mamat Dingin Hati Rindu

Penulis: Aifa Batrisya

Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-2102-29-8
Muka Surat : 640
Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Januari 2018

Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang berkahwin dengan lelaki lain dan menganggap dirinya hanya sebagai kawan sahaja, DAIYYAN HAWARI a.k.a IAN nekad meninggalkan segala kenangan lamanya bersama wanita itu, dan memulakan hidup baru. Profesion, nombor telefon dan pengenalan dirinya turut diubah sama sekali! Semua ini adalah sebab Ian mahu menjauhkan diri dari Hani.
Namun, yang disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari... Kehadiran seorang gadis kacukan Korea yang gedik dan manja bernama NIA ADARA telah membuatkan kehidupan Ian kembali jadi huru-hara. 
"Annyeonghesayo!" - Nia Adara
"Boleh tak bagi salam? Dok sayur sana sini bukan dapat pahala pun! - Ian
Ian rasa sangat-sangat terganggu dengan gadis yang digelarnya sebagai minah sayur itu! Rasa meluat Ian terhadap Nia sampai lelaki itu tak tahu nak buat apa! Selain itu, kemunculan kembali Naurah Tihani turut merimaskan teruna mix blood itu! Umpama mendapat mimpi buruk, Ian kini dikejar dua orang wanita sekali gus! 
"Nama awak... Apa nama awak yang sebenar?" - Naurah Tihani
"Nak tahu siapa saya sebenarnya? Kalau awak dah tahu siapa saya, saya berani jamin awak takkan boleh lupakan saya... Dan bila awak pula dah buat saya tak boleh lupakan awak, saya akan pastikan yang awak akan jadi hak saya. Sampai bila-bila!" - Ian
Berjayakah Hani menemui dan menjalinkan kembali persahabatan dengan Hawari? Apakah akan terjadi kepada Ian yang sebelum ini mahu melupakan terus nama Hawari dalam hidupnya? Bagaimana pula dengan kisah rumah tangga Hani bersama Adam? Akankah berjaya Nia menjadikan Ian sebagai kekasih hati?
All Rights Reserved
Sign up to add MAMAT DINGIN HATI RINDU to your library and receive updates
or
#76penulisan2u
Content Guidelines
You may also like
Curangla Lagi  by insankesepian10
14 parts Complete
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan suaminya Johan. Johan telah membuat hubungan dengan gadis muda di pejabatnya. Sebagai perempuan, sudah tentulah dia terluka. Tetapi adakah dia akan bertangis duka, meratapi nasib diri? Sama sekali tidak! "You layan I macam ni, I akan layan you lebih teruk lagi, Johan. Try to stop me now. I don't care." - Lyn "Apa yang Lyn nak abang buat? Abang buat, sayang!" - Johan "You nak rumah tangga ni jadi begini, kan? Let's enjoy the moment." - Lyn Wanita itu bukanlah lemah orangnya. Bukan wanita yang senang dipermainkan perasaannya. Maka, silap besarlah Johan cuba menduakannya. Sekali Johan cuba menduga kesabarannya, seratus kali dia akan membalas semula. Johan sempat alpa apabila merasa hidup terlalu selesa. Ada isteri yang cantik dan sayang kepadanya. Maka dia cuba menduga. Akibatnya, karakter pendendam Azlyn muncul semula membelah maruahnya sebagai suami. Pengkhianatannya ikatan perkahwinan mereka dibalas habis-habisan oleh Azlyn tanpa belas kasihan. "I dah tak tahu macam mana nak hidup dengan you selepas ini. Hati I dah tak macam dulu lagi, Johan." - Lyn Johan terduduk oleh dugaan apabila Azlyn nekad membawa anak-anak jauh darinya. Melihat kesedihan di mata anak-anaknya, dia sengsara. Berusaha keras untuk meraih maaf isterinya. Namun tidak semudah itu. Tempoh berharga untuk mereka belajar tentang banyak perkara. Baik Lyn mahupun Johan, sama-sama ada kelemahannya. Cerai tidak semesti menjadi jalan keluarnya. Sejauh mana Azlyn ikhlas untuk menerima Johan semula dan seikhlas mana penyesalan Johan? Kembali mengukir bahagia. Itulah impian mereka berdua setelah seketika mereka tersesat oleh kekhilafan. Siapa tahu setelah berarak mendung itu, bahagia milik mereka jauh lebih indah dari yang pernah ada dulu!
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG) by Anardellqueena
61 parts Ongoing
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di sebuah syarikat yang bernama AR's Holding. 🥀Hannah Audia Seorang gadis yang memiliki senyuman yang manis,ayu dan keras kepala.Dia seorang yang mahir dalam bidang memasak.Memiliki sepasang mata berwarna coklat kehitaman itu menampakkan dia lebih lagi menarik dan cantik. Satu persatu kebenaran mulai terbongkar selepas mereka berdua berkahwin.Tengku Rayden Albert telah menduakan cinta Hannah Audia.Dia menyeksa fizikal dan mental isterinya sehingga membuatkan Hannah Audia mulai membencinya. Hari demi hari,bulan berganti bulan,perilaku Tengku Rayden Albert kepada Hannah Audia telah membuatkan Hannah Audia mulai menjauhkan dirinya daripada Tengku Rayden Albert dan mahu memulakan hidup barunya. Hannah Audia nekad untuk berubah dari semua segi termasuklah hatinya,dia kembali dengan kedinginan yang teramat dalam di hatinya dan dia sudah berjanji dengan dirinya bahawa dia tidak akan menerima kembali 'lelaki' yang telah musnahkan dan hancurkan kehidupannya. "Maafkan abang sayang.Abang nak betulkan balik keadaan kita berdua.Abang betul-betul menyesal akan apa yang telah abang buat dekat sayang beberapa tahun yang lalu.Tolong,kembali kepada abang semula" -Tengku Rayden Albert- "Maaf,perempuan miskin macam saya ni tak layak nak jadi isteri tengku dan berada di sisi tengku.Anggaplah kita berdua sudah tiada jodoh.Berbahagialah dengan pilihan hati tengku yang tengku idamkan selama ini.Saya akan mulai kehidupan baharu saya tanpa tengku." -Hannah Audia- Adakah cinta Tengku Rayden Albert akan diterima kembali oleh Hannah Audia setelah apa yang dia buat kepada Hannah Audia? Adakah mereka berdua akan bersatu kembali? DILARANG PLAGIAT CERITA SAYA❗❗🚫 NO CIPLAK TOO❗🚫 Start: May 2023 End:?
You may also like
Slide 1 of 10
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1• cover
Curangla Lagi  cover
GHADI AQHAR: THE LIONS  cover
Fahim:Attractive Husband [Revamp] cover
TENGKU NIK RAZIN AMSYAR cover
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG) cover
SEMI;KOLON [✔] cover
Cinta Tak Setaraf [ C ]  cover
URUSAN HATI (new version) cover
Secebis Hati Yang Terluka cover

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•

49 parts Complete

[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dalam hidup gadis itu apabila mengenali si mafia. "You're mine Mr Mafia"-Raisya "Aku tak suka sweet dan romantic. So jangan minta aku jadi macam tu"-Danny Raisya terpaksa berkahwin dengan Danny. Mereka hidup seperti pasangan yg lain. Bahagia dan penuh dengan gurauan. Tetapi datang pula musuh yang mula menganggu mereka. Musuh yang sudah lama berdendam. "Kau tak akan hidup bahagia Danny" _______________ 100% idea sendiri. Status: completed ✔ Tak copy paste yg lain. Kalu ada serupa maaf dari aku dri hujung rambut hingga hujung kaki. Mungkin kebetulan. Vote and comment.