Pertama kali Suhaila bertemu Ikram semasa dia bercuti bersama keluarganya lima tahun yang lalu semasa cuti sekolah akhir tahun. Suhaila kagum dan selalu membayangkan dirinya sekiranya dia mengenal Ikram dengan lebih dalam. Dia selalu menunggu dan berdoa agar dipertemukan lagi dengan lelaki yang dijumpai semasa cuti sekolah lima tahun lalu. Ayah Suhaila membawanya untuk berkenalan dengan bakal keluarga barunya. Entah perasaan gembira atau sebaliknya kerana lelaki yang ditunggu selama lima tahun itu merupakan bakal ahli keluarganya. Suhaila berasa bersyukur kerana Allah telah mengabulkan doanya selama ini tetapi mengapa dia perlu dipertemukan dalam situasi ini. Secara hukum Islam memang Suhaila dan Ikram bukanlah mahram tetapi mereka terperangkap dalam status adik beradik tiri. Mungkin? Semakin hari semakin Suhaila mengenal Ikram, dia sedar bahawa dia harus menentukan perasaannya. Suhaila harus menghapuskan apa pun rasa itu supaya tidak lebih sekadar adik beradik tiri. Hal ini kerana dia tahu menyukai Ikram bukan idea yang baik. Tapi itu bukan senang.All Rights Reserved
1 part