HATI PEREMPUAN

HATI PEREMPUAN

  • WpView
    Membaca 1,698
  • WpVote
    Vote 47
  • WpPart
    Bab 8
WpMetadataReadBersambung1j 3m
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Rab, Mar 21, 2018
WpInfo
Fiksi
Romansa
Suara ceria kanak ii lelaki dan perempuan yang sedang bermain di hamparan luas padang rumput seolah-olah satu irama indah buatnya.Bukan harta kejayaan menjulang dan kekayaan yang bergunung untuk rahmat ilahi bersama restu ibu dan bapa. Dia tidak ingin tamak untuk mencari apakah sebenarnya menjadi manusia yang paling bahagia di dunia.Kerana kebahagiaan di dunia ini adalah bila seseorang manusia itu tahu bersyukur dan hidup apa adanya.Dia punya segalanya saat ini.Keluarga,rahmat dan reda ilahi malah restu keluarga.Apa lagi yang dia mahukan? Siapa sangka lelaki itu boleh menjadi suaminya.Lelaki yang Azlyana kenali melalui majalah yang ditunjukkan sahabatnya Maisara.Mungkin dianggap kebetulan atau bertuah dan mungkin juga takdir yang menentukan mereka bertemu di alam perniagaan.Angkuh dan sinis sikap Tengku Danish Amin cukup menjengkelkan dan Azlyana cukup rasa "terpaksa"bekerja denganya hanya kerena mahukan sesuap nasi. Dengan kemahuan dan kerelaan,mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan.Biarpun cara lamaran Tengku Danish Amin cukup tidak beradap,Azlyana menerima.Kerana apa?Tidak pasti.Mungkin juga 'takdir'. Cinta bukanlah segalanya kerana manusia perlu hidup!Prinsip Azlyana cukup pendek. Prinsipnya menjadikan Azlyana perempuan tidak menerima cinta atau mempercayai cinta seperti orang lain. Dia mencintai dan menyayangi dengan rasional bukan emosi lantas menjadi wanita yang cukup kekok dengan luahan kasih sayang daripada seorang lelaki. Pengalaman membuatnya menjadi orang yang tidak tahu menerima cinta dan menunjuk isi hatinya.Dia terlalu berhati-hati membuatkan orang lain sukar memahami.Syukurlah,dia bertemu dengan lelaki yang penyabar.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • Bunga Yang Dibenci
  • SUARA DARI SEPARUH JIWA
  • What If I Never Met You
  • TAKSUB (PBAKL 2019)
  • My Best Mama
  • Nyangga
  • Penghulu Bidadariku S2 : Aisyah Humaira

Bunga Amani dilahirkan dalam dunia yang tidak menginginkannya. Sejak hembusan nafas pertama, dia telah dianggap sebagai punca kematian ibunya. Ayahnya, Tuan Hisham, tidak pernah memaafkan Bunga kerana kehilangan wanita yang paling dicintainya. Sejak kecil, Bunga hidup dalam penghinaan dan kesepian. Dunia kecilnya hanya dipenuhi dengan suara caci maki, bukan belaian kasih sayang. Keadaan semakin parah apabila ayahnya berkahwin dengan seorang janda bernama Puan Mariam, yang mempunyai anak perempuan bernama Nur Shasha Dahlia tiga tahun lebih tua dari Bunga. Walaupun ibu tiri itu bersikap baik, namun Shasha mewarisi kebencian ayah mereka. Bunga menjadi hamba dalam rumah sendiri, dipukul, diherdik, dan dimalukan tanpa belas kasihan. Puncak penderitaannya tiba apabila Shasha melarikan diri pada hari pernikahannya. Untuk menutup aib dan menjaga maruah keluarga, Bunga dipaksa menggantikan tempat Shasha sebagai pengantin. Dia dikahwinkan dengan Rafeeq,seorang lelaki dingin dari keluarga kaya dan konservatif. Bunga menyangka itulah titik mula kebahagiaan. Namun, perkahwinan itu bukanlah penyelamat, tetapi neraka baru. Bunga terus didera dari segi fizikal dan mental bukan hanya oleh Rafeeq, tetapi juga oleh ibu mertuanya, kakak iparnya, dan adik iparnya. Setiap hari, luka di hatinya bertambah dalam. Namun, Bunga bertahan... bertahan kerana dia percaya suatu hari nanti, Tuhan akan membalas keperitannya. Tetapi, tidak semua cerita punya pengakhiran bahagia... (jangan lupa votes tau every chapter,thank you cintah)

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan