Kehidupan Nur Ameenah yang dahulunya dalam duka dan sering ditemani air mata akhirnya menemui jalan yang membawa cahaya ke dalam hidupnya. Siapa lagi cahaya itu, kalau bukan Tengku Akhbar dan Tengku Armel. Tengku Akhbar, seorang duda yang sudah menjadi sebahagian hidupnya semasa di Kanada. Mereka berkahwin atas sebab wasiat yang dititipkan Khairul Azlee. Bahagia kah rumahtangga mereka bila seorang duda berkerabat diraja disatukan dengan seorang janda yang kematian suami? Lebih-lebih lagi mereka masing-masing mempunyai cahaya mata dari perkahwinan yang lalu. Sama-sama lah kita singkap kisah cinta mereka yang penuh romantis dalam Hati Berbunga Cinta.