Pakar Muda : Gempita Hutan Purba
  • Reads 2,129
  • Votes 77
  • Parts 15
  • Reads 2,129
  • Votes 77
  • Parts 15
Ongoing, First published Feb 02, 2018
Dulunya pupus, sekarang didepan mata.
Sebelumnya fantasi, kini menjadi realiti.
Banyak persoalan, tidak pula jawapannya.

Keterujaan hendak melancong bertukar menjadi tragedi apabila pesawat dinaiki tujuh sahabat terjebak dalam nahas udara dan terhempas ke hutan yang lokasinya, gagal dikesan. 
Mengingatkan hutan biasa, tetapi lain yang terjadinya. Makin diteroka, makin banyak pula misteri yang menyelubungi minda. Apa rahsia yang hutan ni simpan? Kenapa ada kemunculan "orang misteri"? Tujuan mereka yang sebenar? Bagaimana hendak menyelamatkan diri? 
Banyak halangan dan persoalan yang mencabar kebolehan si muda.

"Bukan kita sahaja di sini. Terimalah hakikat yang kita tidak berseorangan"

-HAK CIPTA TERPELIHARA-
-KARYA PERTAMA-

Best Achivement
#1 Sains
#1 Pengetahuan
#5 Sci-Fi
All Rights Reserved
Sign up to add Pakar Muda : Gempita Hutan Purba to your library and receive updates
or
#15sains
Content Guidelines
You may also like
Artifak by NASRULZAINAL
31 parts Complete
Daripada penulis Bima Polaris: Jejak Musuh, muncul buah pena terbaru yang penuh aksi dan mendebarkan! Adam Haiqal seorang ahli bisnes. Dia bos. Dan memiliki sebuah bakeri sendiri. Namun, disebalik semua itu, dia menyimpan rahsia. Dia seorang ahli organisasi pencegah jenayah. Dia merupakan warga Gempur Kilat. Dia juga seorang spy! Pada satu hari, dia terlibat dalam sebuah kemalangan kereta yang berlaku ketika dia dalam perjalanan membuat delivery kek tempahan pelanggan. Dia diserang, lalu diculik ke markas sebuah organisasi militan yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa dikenali sebagai Helang Hitam. Bermula daripada kejadian itu, satu persatu maklumat sulit musuh terbongkar. Pihak musuh sedang mencipta Posyen Neuron Manipulatif untuk mengawal minda manusia yang akan digunakan ke atas pihak keselamatan negara kelak dalam cubaan mereka merampas pemerintahan sedia ada! Enggan membiarkan nyawa-nyawa yang tidak bersalah berterusan hilang di tangan musuh, akhirnya sebuah ciptaan teknologi perang bernama Artifak diserahkan kepada Adam. Menerima harta bernilai itu merupakan satu penghargaan besar buat Adam kerana ia adalah ciptaan terakhir ibu bapanya sebelum mereka berdua mati dibunuh oleh Helang Hitam dahulu. Namun, risiko berbahaya yang bakal dihadapinya ketika menggunakan Artifak mengundang keraguan Adam, sama ada dia benar-benar layak atau tidak... "Malam ni, kita sama-sama jadi pahlawan yang berani. Kita sama-sama lawan musuh, kita sama-sama cedera, kita sama-sama menang! Tak kira apa pun yang berlaku, kita lindungi antara satu sama lain. Kau tak akan tinggalkan aku dan aku tak akan tinggalkan kau..." - Adam "Kami percayakan kau dan aku percayakan kau. Jadi, kau kena percayakan diri kau, Adam."- Khairul Mahu atau tidak, Adam tahu dia tiada pilihan. Masa semakin suntuk. Dia perlu menjadi pemilik Artifak. Atau Artifak akan jatuh pada tangan yang salah dan membawa kehancuran yang dahsyat!
Angkasa Cinta [On Going] by TheZainOfficial
20 parts Ongoing
#Rank No.2 in Science Fiction [15.5.2020] Meneroka angkasa lepas adalah impian seorang gadis yang bernama Hailey Handerson ketika dia berumur 12 tahun. Walaupun sesetengah orang mengatakan bahawa wanita tidak cukup gagah untuk bertahan latihan fizikal dan mental yang amat mencabar namun seramai 54 orang wanita telah pun berbuat demikian. Dia tahu bukan semudah untuk menjadi seorang angkasawan tetapi demi mengajar impiannya dia sanggup melakukan semuanya dan pada masa yang sama dia ingin membanggakan ibunya. Hailey Henderson antara satunya yang telah terpilih daripada 500 pemohon untuk menjalani program latihan angkasawan dan itu merupakan satu titik permulaan baharu dalam hidupnya untuk menjalani latihan yang agak mencabar. Aiden Luke Stafford.Pemimpin angkasawan yang pernah memecah rekod misi solo pertama angkasawan lelaki dan penerbangan solonya juga masih kekal sehingga kini. Aiden diarahkan untuk menjadi instructor kepada Hailey dan melatihnya untuk melepasi ujian fizikal NASA kelas 1. Namun sebaik sahaja Hailey lulus ujian NASA kelas 1 secara mengejut pengarah program angkasawan negara menyuruh Hailey untuk menjalankan penerbangan percubaan sedangkan dia belum membuat ujian fizikal pemandu jet pejuang kelas 1. Masalah ini merumitkan keadaan dan menimbulkan perasaan risau di dalam hati Aiden.Semakin lama latihan yang diberikan kepada Hailey terlalu berat dan sebagai instructor,Aiden bertindak untuk menyelematkan Hailey dari keadaan itu. Apa yang terjadi apabila Hailey diberikan satu misi solo yang dinamakan projek penerbangan Mercury dan jika dia lulus melaksanakan misi itu maka dia akan dinaikkan taraf daripada pelatih angkasawan kepada angkasawan yang sah. Dan apa pula yang bakal berlaku apabila Aiden Luke sanggup berisiko hanya kerana dia tidak mahu membiarkan Hailey melaksanakan misi yang berbahaya itu dengan seorang diri? START:10 May 2020 END:
JEJAK YANG HILANG: INGATAN TERHAPUS by Iriswyn
3 parts Ongoing
SINOPSIS Di sebuah dunia di mana ingatan boleh dihapus dan dikawal, Lara bekerja sebagai seorang Pengingat, individu yang bertanggungjawab membantu orang mendapatkan kembali potongan memori yang hilang. Namun, pekerjaannya yang rutin mula berubah apabila seorang lelaki bernama Arvid datang kepadanya dengan permintaan yang aneh-dia mahu mengingat sesuatu yang dia sendiri tidak tahu pernah ada. Ketika Lara memulakan prosedur pemulihan ingatan, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Ingatan Arvid tidak stabil, seolah-olah ada sesuatu yang terkunci jauh lebih dalam daripada sekadar memori biasa. Rasa ingin tahu Lara semakin membesar apabila dia mula menyedari bahawa bukan hanya Arvid yang kehilangan ingatan-tetapi dirinya juga. Dibantu oleh Maya, seorang wanita yang turut menjadi mangsa penghapusan ingatan, mereka bertiga memulakan perjalanan untuk membongkar kebenaran di sebalik sistem penghapusan memori yang dikawal oleh organisasi berkuasa. Dalam pencarian mereka, mereka menemui arkib rahsia yang menyimpan jejak sejarah yang telah dipadamkan, serta identiti sebenar mereka yang selama ini disembunyikan. Semakin jauh mereka menggali kebenaran, semakin mereka menyedari bahawa mereka bukan sekadar mangsa, tetapi kunci kepada sesuatu yang lebih besar-sebuah konspirasi yang berusaha menghapus masa lalu untuk mencipta dunia baru tanpa sejarah. Dalam keadaan masyarakat yang terpecah antara menerima kebenaran atau hidup dalam kebohongan yang selesa, Lara, Arvid, dan Maya harus membuat keputusan yang akan menentukan masa depan dunia mereka. Adakah mereka sanggup mengembalikan semua ingatan yang telah dihapus, walaupun itu bermaksud mengungkapkan kebenaran yang boleh membawa kehancuran? Atau adakah mereka akan memilih untuk meninggalkan masa lalu dan membiarkan dunia terus hidup dalam ilusi? Di antara memori yang hilang dan identiti yang tersembunyi, mereka harus mencari jawapan-sebelum segalanya lenyap sekali lagi.
You may also like
Slide 1 of 10
Ragam Dunia cover
Artifak cover
Angkasa Cinta [On Going] cover
JEJAK YANG HILANG: INGATAN TERHAPUS cover
43. Hell Girl cover
【✔️BTS】𝑽𝒊𝒓𝒕𝒖𝒂𝒍 𝑳𝒐𝒗𝒆 • 𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓙𝓾𝓷𝓰𝓴𝓸𝓸𝓴 cover
Kala Malam Menjelma cover
»ERROR« [ZombieMalay] cover
Fakta Atau Aouta cover
3050 cover

Ragam Dunia

1 part Ongoing

Layan