Untuk Ayad, luka dihati ditinggalkan sang kekasih berbekas dalam jiwa. Saat syarikat keluarganya bergelut dan hampir musnah, kekasih pujaan jiwa meninggalkannya dengan seribu alasan. Pahit, namun dia mengerti. Untuk Marlini, status dan kekayaan menjadi ukuran untuk terus bersamanya. Well damn, dia akan kembali menongkah arus. Just see it! Bagi Dahlia, keluarga adalah segalanya. Dia tak punya sesiapa selain kakak dan abang iparnya, juga Anggerik, satu-satunya anak saudara penghibur hati. Hidupnya simple, menyenangkan langsung tidak sakit kepala. Dia ada segalanya kecuali teman sehati sejiwa. Nah, bertemu gadis kental dengan mamat kerek dari Kuala Lumpur di negeri Terengganu. Misis Ayad, mahu menyelamatkan syarikat yang dibina bapanya. Pertemuan dengan Dahlia buat dia mencari erti misi kedua, mencari cinta. Ahak! bagi Dahlia, Ayad pastinya playboy azali dari kota metripolitan yang angkuh lagi menyakitkan hati. Tapi, kalau sudah jodoh, hati akhir terpateri. Namun, siapa kata cinta tiada luka, tiada tangis, tiada derita? Mungkin benar telahan Dahlia, Ayad akan pergi tatkala sayapnya melebar tinggi, meninggalkan langit cinta yang ada, meninggalkan dia. Untuk Ayad, dia terlupa atau sengaja? Sengaja meninggalkan cinta yang dia puja-puja.
1 part