Rara berkahwin dengan majikannya dan menjadi surirumah sepenuh masa. Kerana terlalu bosan duduk di rumah, dia telah membeli sebuah mesin jahit lama yang antik. Pemilik Mesin jahit antik itu telah menghadiahkan loket unik kepada Rara sebagai tanda perkenala mereka. Sejak memiliki loket itu sesuatu telah terjadi dalam diri Rara. Dia dapat melihat perkara dari masa lalu ketika dalam mimpinya. Sehingga dia bertemu dengan Mia di dalam mimpi. Rara mendapati sesuatu perna terjadi antara dia dan Mia suatu ketika dahulu. Ikuti kisah The Promise season 2,sinambungan dari kisah musim pertama. 😊