15 parts Complete {COMPLETED}
-:2020:-
Cover by: @fiyaalawa
"Kau biar betul Khai, tak kan lah cermin cantik cam ni berhantu?" Ujar Apik. Khai menunjukkan cermin kakaknya itu kepada kawan baiknya. Manalah tahu kawannya yang seorang itu boleh tolong. Walaupun dia tahu Apik tidak akan mempercayai ceritanya. "Betullah, aku dah banyak kali mimpi pasal kakak aku dengan cermin ni, uncle yang aku jumpa hari tu pun cakap benda yang sama. Memang aku pasti ada sesuatu dalam cermin ni." Terang Khai kemudian menghirup teh tarik panas.
"Tapi Khai, mimpi kau tak semestinya betul, itu semua permainan syaitan. Lagi satu, kau percaya bulat-bulat ke apa yang Apek tu cakap? Entah-entah anak dia mati sebab lain, dia kata sebab lain.
"So, kau tak percaya ah ni? Aku dah agak dah, kau tak akan percaya." Kata Khai dengan nada ala-ala merajuk. Mengada-ngada.
"Benda-benda mistik ni memang wujud Khai, dan aku percaya semua benda mistik ni. Tapi, aku cuma nak ingatkan kau untuk hati-hati. Takut kau terpesong." Kata Apik. Dah macam ustaz dah dia terang.
"Tapi kalau betullah apa yang kau cakap ni, aku akan tolong kau. Aku akan ikut perjuangan kau. Gituh....." Sambung Apik.
"Pandailah kau, apa yang kau nak tolong? Apa yang kau nak ikut? Ha jawab-jawab. Perjuangan konon! Aku nak tahu rahsia cermin ni aje pon, bukan nak daki Gunung Everest!"
"Hahahahah! Yela, kalau kau nak pergi mana-mana untuk dapatkan maklumat pasal cermin yang puaka lah sangat ni, bagitahu aku. Biar aku ikut, kau tu bukan boleh percaya sangat, kang bomoh manalah kau jumpa nanti. Relaxlah bro, bengis betul. Patutlah single. Kata Apik. Ayat 'Patutlah single' itu disebutnya perlahan. Harap-harap Khai tak dengarlah.
"Apa kau cakap?! Kau ingat aku tak dengar?! Hello! Aku single sebab aku tak jumpa lagi orangnya, bukan sebab aku bengis. Lagi satu, aku bengis kalau dengan kau aje!"
"Jadi, kat mana kita nak mula ni?" Tanya Apik kepada Khai.
Khai tidak mejawab tetapi memandangnya dengan senyum sinis.
.
#goldaward2020