20 parts Ongoing [ˡⁱᵍʰᵗ ˢᵉʳⁱᵉˢ]
Nurul Ain bertemu seorang wanita cantik.
"Masya-Allah... cantiknya...."
"You tak kenal siapa I? I adalah L Fu."
Sayangnya majikannya itu sedikit kerek. Selain terpesong dari fitrahnya.
"Yong Tau Foo? Saya kenal pak choi jer." Nurul Ain.
Namun Ain, gadis yang lurus bendul tidak nampak itu. Bahkan membezakan dua jenis kelamin pun dia tidak reti.
"Saya minta maaf, Miss! Saya betul-betul tak sengaja tengok dada rata Miss!"
Dia sebenarnya tidak bodoh. Mungkin lembab sikit. Buktinya dia pandai bahasa Inggeris?
Hingga suatu hari dia akhirnya sedar diri.
Dia memang bodoh.
Dia bodoh puji Miss-nya cantik.
Dia bodoh pegang tangan majikannya.
Dia bodoh free hair depan majikannya.
Yang mana merupakan seorang... lelaki.
Tulen.
"Jadikan I suami you, okay?" Leon Fu.
Dan entah bagaimana dia telah menjadi isteri sah Leona atau nama sebenar Megat Leon Fu, seorang pereka fesyen terkenal tanah air.
Kehidupan alam perkahwinan banyak membuka mata dan hati. Mengenal erti cinta dan pernikahan sesungguhnya. Ikatan yang membelenggu akibat kisah silam terlerai. Menyimpulkan kembali ikatan bernama cinta.
"My angel and mine, lǎopó."
Dugaan selalu disertai kebahagiaan. Begitulah juga sebaliknya.
Sesuatu yang buruk telah terhasil akibat kejahilan masa lalu sang suami. Satu-persatu terkuak hingga dia tahu mengapa dia dinikahi.
"Ain tak bodoh."
"Abang tahu, Ain tak begitu. Lǎopó..."
"Tapi abang buat Ain rasa macam itu."
Ain dilema. Rasa tertipu bergelora dengan rasa cintanya. Lebih-lebih lagi dengan segala cinta dan kasih sayang yang Leon berikan kepadanya, gadis yang serba serbi kekurangan.
Bagaimana kesudahannya? Adakah Ain ingin mempertahankan suaminya yang cantik? Atau memilih meninggalkannya bersama anak yang bakal lahir?
Yang pasti, Leon takkan melepaskannya. Ain adalah gadis manis yang Tuhan hantar kepadanya, menjadi perantara kembalinya dia ke jalan yang benar.
Kerana bidadari itu milik si cantik.
Beautiful cover by @PutraRize_