𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]
  • Reads 5,736
  • Votes 272
  • Parts 38
  • Reads 5,736
  • Votes 272
  • Parts 38
Ongoing, First published Feb 22, 2018
1 new part
SYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE

"Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?"

"kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Sophea."

Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput. Dia ditinggalkan oleh kekasih hati, pertunangannya dibatalkan dan suami menduakannya. Hati seorang perempuan yang mana tidak sakit bila diperlakukan sebegitu.

"Saya tahu awak tak sukakan saya.. Tapi saya nak awak tahu yang saya akan sentiasa tunggu awak.." air matanya mengalir deras. Kejamnya perasaan ketika itu. Mengapa hatinya masih mencintai sedangkan tiada yang mahu menerima perasaan cinta itu? Mengapa hatinya masih gagah walaupun telah dihancurkan?

Adakah kesetiaan Sophea akan dibalas dengan kebahagiaan? Mampukah dia tabah menghadapi dugaan didalam corak kehidupannya?

Syed Aeden Fayyadh, yang mempunyai pelbagai personaliti. Boleh jadi sisinya berubah menjadi seorang yang dingin berhati batu dan dia juga boleh berubah menjadi seorang yang psiko tanpa perasaan yang kejam. Namun, dalam keadaannya begitu jauh di sudut hatinya telah tersemat satu nama gadis yang dicintai. Sisi lemah lembutnya hanya untuk gadis pujaan itu sahaja. TIADA ORANG LAIN!

Akan tetapi, apabila satu persatu rahsia terungkai hatinya mula berubah. Dia tidak lagi menjadi dia, seolah-olah dirasuk seperti menjadi orang lain. Kenyataan tersebut sukar untuk diterima, dia sering menyakiti orang yang berada dengannya tanpa dia sendiri sedar. Akan tetapi segala-galanya berubah apabila si dia memutuskan untuk pergi dari hidup Syed.. Meninggalkannya sendiri tergantung sepi..

"ak- aku perlukan kau.." rayu Syed.

"Bukan aku yang kau perlu tapi dia."

Mampukah Syed mencari kebahagiaannya walaupun dia sudah melakukan kesilapan yang besar berulang kali?  Adakah Syed mempunyai peluang untuk menebus segala kesalahannya?
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C] to your library and receive updates
or
#20seventeen
Content Guidelines
You may also like
 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif  by TheNurAyreen
70 parts Complete
Safiyyah Eliya seorang wanita yang dipilih oleh Allah menjadi seorang yang istimewa. Dia sangat istimewa di mata Allah namun bagi manusia biasa Safiyyah Eliya seorang yang serba kekurangan dan berbeza dengan manusia biasa. Safiyyah Eliya mempunyai kekurangan pada fizikalnya iaitu pergerakannya pertuturannya dan hidupnya sangat berbeza dengan orang lain. Kekurangannya hanya pada fizikalnya namun bukan pada mentalnya. Mentalnya normal bahkan lebih dari yang lain. Tidak semua orang mampu menerima kekurangan yang ada padanya. Itulah ujian yang diberikan oleh Allah untuknya. Pada hari yang telah ditentukan oleh Allah, hadirnya seorang lelaki yang mencintainya dengan hati yang ikhlas dan mampu menerima segala kekurangannya. "𝐶𝑎𝑦𝑒 𝑡𝑎𝑘 𝑐𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑒, 𝑡𝑒𝑛𝑎𝑝𝑎 𝑎𝑤𝑎𝑘 𝑛𝑎𝑘 𝑡𝑎ℎ𝑤𝑖𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑦𝑎𝑛 𝑐𝑎𝑦𝑒?"- Safiyyah Eliya "Safiyyah, jika kita melihat pada kekurangan, kita takkan lihat pada kesempurnaan. Namun jika kita melihat pada kesempurnaan, kita takkan lihat pada kekurangan." - Haris Thaqif Dia lelaki yang sangat bertuah kerana dia telah dikurniakan oleh Allah seorang bidadari yang akan menjadi temannya di dunia dan di akhirat. Dia lelaki yang sempurna, berharta, kacak dan menjadi tumpuan ramai wanita yang berada-ada. Namun pada akhirnya lelaki itu jatuh cinta dengan Safiyyah yang pada mata orang mereka tidak sesuai untuk bersama. Dan itulah ujian yang diberikan oleh Allah untuk mereka kerana Allah sangat menyayangi mereka. Apa kisah selanjutnya? Selamat datang di dunia Safiyyah Eliya! p/s : Pertuturan Safiyyah tidak berapa jelas jadi akan ada ejaan yang kurang tepat. (contoh; kenapa=tenapa, oke=ote dan banyak lagi) 🔴 CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA 🔴 Status: Completed
Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT) by Miogazza19
91 parts Complete
Ajal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat menyanyangi adiknya, Muhammad Haider Zulkarnain. Lelaki yang ingin disatukan itu pula merupakan merupakan Kapten kepada kumpulan Black Shadow iaitu Kapten Muhammad Ghazi Al Quds serta memerangkap sahabat baik Haider. Setelah disatukan Hayfa menyangka kebahagiaan yang bakal datang namun derita yang diperolehnya.Apakan daya dia hanya menantu hendak menghalang sifat kebencian yang tinggi mak mertua terhadap dirinya. Dia rela. Dia terima. Kehidupan Nur Hayfa Zinnirah tidak pernah bahagia seperti orang lain setelah kematian kedua orang tuanya. Hidupnya banyak menderita. Allah menurunkan ujian kepadanya dan dia pula sebagai hamba sentiasa yakin dan percaya setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmah dan kebahagiaan untuk dirinya pada masa akan datang. Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Percaya dan yakin dengan Allah cukuplah sekadar tujuan kita hidup di dunia yang kecil ini. Mampukah seorang Nur Hayfa Zinnirah menjadi seperti keindahan namanya? Mampukah Muhammad Ghazi Al Quds melindungi dan menjanjikan kebahagiaan buat wanita itu? Mampukah Muhammad Haider Zulkarnain menjaga adiknya? Mampukah Nur Haiza Al Syifa menjadi seorang sahabat yang sentiasa mempertahankan sahabatnya? Sesungguhnya kemampuan itu datang daripadaNya. Dan percayalah jika seseorang itu sudah mempunyai tekad dalam diri,dia akan mampu untuk melakukan perkara yang menjadi tujuan mereka kepada seseorang itu dengan izin-Nya.
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 by missdiraa
64 parts Complete
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose. Tidak mahu menumpang kebahagiaan dalam penderitaan orang lain. Wanita itu hanya berserah kepada Nya. Kebahagiaannya kin terletak pada seorang insan yang kecil hadir menerbitkan jiwa seorang ibu. Haqqim. Nama yang sentiasa menjadi penyeri hidupnya. "Kau nak keluar dari rumah ni?" - MUHAMMAD ZAYRAN "Saya taknak." - NUREEN RAUDHAH "Kenapa taknak. Kalau kau keluar, kau boleh hidup bebas." - MUHAMMAD ZAYRAN "Saya taknak anak saya dihina." - NUREEN RAUDHAH Muhammad Zayran, siapa tidak kenal lelaki yang tampan dan kaya. Tak cukup menjadi anak seorang Tan Sri, lelaki itu juga menguruskan sebuah hotel yang besar. Namun, pertemuan mereka tidaklah seindah mana. Zayran memandangnya begitu hina. "Kahwin dengan aku. Then, keluar daripada Ainul Sumayyah." - MUHAMMAD ZAYRAN "Kenapa Tuan beria sangat minta saya keluar daripada sini? Hina sangatkah saya sampai Tuan taknak tengok muka saya?" - NUREEN RAUDHAH "Aku tak pernah kata kau hina. Aku cuma kesiankan Rose, selagi kau ada di sini... Rose takkan berhenti tolong kau, kau kena sedar diri dengan apa yang kau buat selama ni." - MUHAMMAD ZAYRAN ⚠️ No Plagiarism Allowed!
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) by msroses_
41 parts Complete
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. "Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina "Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi "Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina "No!" - Haris Wafi "Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina "Why not?" - Haris Wafi Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white roses.." - Haris Wafi
You may also like
Slide 1 of 10
Satu Bulan Untuk Dia  cover
FALLEN IN LIE (✔️) cover
 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif  cover
Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️ cover
BETWEEN US ©️ cover
SUAMI PALING ANNOYING! cover
Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT) cover
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 cover
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) cover
AYMAN KHAYRA [C] cover

Satu Bulan Untuk Dia

58 parts Complete

Sejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak boleh lupa dimana membawanya ke gerbang perkahwinan setelah berjumpa dengan keluarga seorang lelaki yang bernama Zafril Qhairi . "Aku benci kau ! kau yang rancang semua ni kan?!" - Asyiela "Demi allah Asy , abang tak buat kita yang kena perangkap " - Zafril Qhairi . Makin hari bertambah benci dihati Asyiela . "Lepaskan aku ! aku tak boleh hidup dengan kau !!" - Asyiela "Baiklah , berikan tempoh 1 bulan untuk abang mencintai Asy" - Zafril Qhairi Tidak menyangka , Zafril terlihat sesuatu yang amat menyakitkan . "Aku ceraikan kau dengan talak 1" - Zafril Qhairi selepas ucapan keramat itu diucap, satu bala menimpa "Puan Asyiela menghidap leukimia" Mampukah Asyiela meneruskan hidupnya tatkala dirinya keseorangan ?