Ida termenung jauh mengenangkan kesalahannya pada masa lalu.Menyesal yang teramat sangat apabila mengimbau masa lampaunya. "Along tahu la apa along buat.Lan tu cinta hati along dan kami takkan berpisah.Along nak putuskan pertunangan dengan Man," tegas Ida mengajukan kata-katanya terhadap Mak Yan iaitu ibunya. "Kenapa ni along tiba-tiba saja.Along tu tunang orang kenapa yang Along nak sangat dekat Lan tu?Apa kurangnya Man dibandingkan dengan Lan?" tanya Mak Yan kekeliruan "Mak,Along dah tak ada hati dengan Man," keluh Ida. "Aku nak tengok sejauh mana Lan boleh jaga hang.Hang mahukan Lan bukan?Petang ini aku akan pulangkan semula cincin pertunangan kau dengan Man kepada ibunya," Mak Yan meninggikan suaranya dengan berloghat kedah.Ida menjadi terkejut apabila ibunya sendiri membahasakan dirinya sebagai 'aku'. "Aduhhh letih la haih" lamunan Ida terhenti apabila mendengar keluhan suaminya,Lan.Hampir 5tahun mereka mendirikan rumah tangga namun hidup mereka hanyalah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. "Eh awalnya abang balik.Abang nak makan tak.Saya masak ayam masak kunyit harini" Ida bersuara lembut sambil memicit tangan suaminya. "Ayam kunyit saja?Tak nak la Abang nak tidur,Abang letih mengantuk semua ada." Lan beredar masuk ke bilik lalu merebahkan badannya ke atas katil yang keras tilamnya bagaikan besi buruk. Lan adalah seorang lelaki yang pemalas.Dia kerap tidak pergi ke kerja dengan alasan letih sehinggakan dibuang kerja beberapa kali.Hidup mereka susah sesusah-susahnya.Tiada motosikal apatah lagi kereta.Bayaran sewa rumah pun seIalu tidak bayar.Ida menganggap ini adalah satu ujian yang diberikan olehnya atas dosa-dosanya yang lalu.All Rights Reserved
1 part