Wilma menjadi saksi kemalangan langgar lari pada suatu malam yang basah. Kawasan terpencil dan sangat jarang dilalui oleh orang penakut sepertinya. Tetapi malam itu dia dihadapkan dengan pilihan menyelamat atau biarkan mangsa itu menentukan sendiri hidup matinya. Dia menemukan seorang mangsa yang masih hidup, seorang lelaki dewasa. Setelah memeriksanya, Wilma mendapati bukan sahaja cedera kemalangan tetapi lelaki itu turut luka akibat tembakan. Keputusan memberi bantuan kepada lelaki itu telah mengubah hidupnya secara drastik. Membuat dirinya terjebak dalam kehidupan yang tidak pernah dia impikan selama ini.