Story cover for Prank-Prank Cinta by ZulkifliZakharov
Prank-Prank Cinta
  • WpView
    Reads 327
  • WpVote
    Votes 12
  • WpPart
    Parts 6
  • WpView
    Reads 327
  • WpVote
    Votes 12
  • WpPart
    Parts 6
Ongoing, First published Mar 17, 2018
Nurun Nazirah Jaafar, budak nakal kelas hujung memang suka sangat kenakan si bijak Adnan Iskandar Ramlee daripada kelas pertama semenjak dari sekolah tadika sampai terbawa-bawa ke alam dewasa. Adnan pula memang jujur betul budaknya, tak pernah membalas bila diprank dan terus setia memimpin Nazirah ke sekolah setiap hari daripada tadika sampai habis sekolah menengah, menumbuhkan bibit-bibit cinta. Tapi bila akhirnya Adnan menggantung diri di hadapan Nazirah akibat prank, kehidupan Nazirah berubah 180 darjah...
All Rights Reserved
Sign up to add Prank-Prank Cinta to your library and receive updates
or
#353melayu
Content Guidelines
You may also like
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
Muda Muda Dah Nak Kahwin? by snsbhn
31 parts Complete
[Unedited] Tiada siapa yang tahu mereka berpasangan, termasuk kawan karib Nora. Nora dan Syakir kini lebih kerap berborak di talian melalui Whatsapp. Guru sentiasa memanggil pelajar untuk membaca teks bukan? Syakir panggil oleh guru pada masa yang sama menimbulkan usikan dari teman-temannya. Hingga sekarang mereka tidak tahu kenapa ada usikan sedangkan mereka tahu bahawa Nora dan Syakir hanya sekadar teman biasa. "Baiklah. Terima kasih Nora. Sekarang Syakir, sila sambung dari mana Nora henti membaca sebentar tadi" Cikgu Atiqah berkata. "Eppp" Kelas mereka terus menjadi kecoh, sebok menyakat si Nora dan Syakir. Mereka berdua hanya boleh tersenyum sahaja, tidak tahu apa reaksi yang diingini rakan sekelas. "Eh.. kenapa ni?Kasi lah cikgu join. Ada pasangan baru ke?" Cikgu Atiqah boleh meneka dari usikan mereka semua, " Nak kahwin jangan lupa jemput cikgu ya". Lalu kelas menjadi mangkin kecoh. 'Aduh.. malunya..' Mukanya kini bertukar menjadi kemerah-merahan. Dengan pantas Nora meletakkan kepalanya di atas meja, mahu cover mukanya yang merah padam itu. Nasibnya baik dia duduk di kawasan belakang, maka tiada siapa yang nampak. Lalu dia pun membetulkan cara duduknya dan kini berlakun seperti dia sedang menulis di bukunya. Tiba-tiba dia dapat merasakan renungan terhadap dirinya. Nora pun melihat ke arah tersebut. Bebola matanya mula membesar apabila dia sedar akan renungan Syakir yang tidak lama diikuti dengan senyuman manis buatnya. Nora melihat ke arah lain sebelum matanya mula mencari Syakir kembali. Kini, dia membalas senyuman Syakir, membuat Syakir terkejut dan gembira pada masa yang sama. Tetapi adakah ini semua akan kekal sehingga dewasa nanti?
Cikguku Crushku by SamsungSamsung228
68 parts Complete
Zafiey Adlie - Kamu tak boleh jatuh cinta dengan saya Dayana.Awak sendiri dah sedia maklum yang saya ne guru kamu ! Ezz Dayana -Saya cintakan cikgu ikhlas.Bukan kerana cikgu kacak ataupun kaya.Tapi kerana penampilan luar dan dalam cikgu. Zafiey Adlie berusaha sebaik mungkin untuk mengelak daripada mencintai Dayana iaitu anak muridnya sendiri.Tak mungkin dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang baru berusia 19 tahun ?! No way ! Manakala Dayana si gadis cantik manis berusaha mendapatkan hati si lelaki.Berusaha melentuk corak dan langkah lelaki itu.Meskipun dia tahu hanya sia2. Zafiey Adlie - Saya tak akan balas cinta kmau Dayana ! Saya tak mungkin cintakan kamu ! Ezz Dayana - Baiklah kalau tu yang cikgu kata.Saya terima.Mulai hari ini,saat ini,detik ini saya tak akan simpan lagi di hati saya seorang lelaki yang bernama Zafiey.Assalamualaikum. Ingatkan bila si dia mula menjauhkan diri.Hati akan mula tenteram.Namun tatkala si gadis berpindah ke sekolah baharu tanpa pengetahuannya.Barulah dia mengerti bahawa.. Hatinya benar2 telah jatuh cinta dengan gadis itu.Perasaan bersalah mula terasa di sudut hati.Bayangan Dayana semakin menerpa di mindanya.Gerak geri gadis itu ,telatahnya, senyuman dan wajahnya.Seakan penuh di lenggar mata Zafiey.Hati merasa semakin rindu. Setelah 3 tahun berlalu..Suatu kejadian yang terjadi menyebabkan Zafiey bertemu semula dengan insan tersebut. Apakah yang sebenarnya yang berlaku ? Mampukah Zafiey menarik semula cinta yang ia sendiri buang dahulu.Dan dapatkah Ezz Dayana memaafi tingkah laku Zafiey yang membuatkan dia terluka dahulu.Masihkah dia suka akan guru itu ? Meskipun telah lama mati sebagai crush di hati.
You may also like
Slide 1 of 9
Love you, Akak Pengawas! || C cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
Muda Muda Dah Nak Kahwin? cover
Kau, Aku dan Sahabat?  cover
Naluri cover
Awak Nak Yang Mana Satu? cover
VanilaOreo.com cover
Cikguku Crushku cover
Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔ cover

Love you, Akak Pengawas! || C

57 parts Complete

.