Sekumpulan youtuber pemuda dan pemudi yang terkenal telah dicabar untuk melakukan aktiviti ekspedisi mengembara di sebuah bandar yang sudah lama ditinggalkan oleh orang yang tidak dikenali identitinya. Bandar tersebut amat terkenal dengan kisah sebuah sumpahan yang dipanggil 'Curse Of The Glass Doll'. Tanpa berfikir panjang mereka melakukan ekspedisi itu kerana populariti dan wang yang berharga RM 3.9 Billion. Mereka tidak tahu bahawa semakin dalam mereka mengembara, semakin banyak masalah yang bakal mereka hadapi. Berjayakah mereka menempuhi segala cabaran itu? Adakah nyawa mereka akan melayang? Siapakah identiti sebenar pencabar itu?
"Aku rasa kita tak patut terima cabaran itu."- Boboiboy
"Kau tak rasa ke semakin dalam kita masuk ke sini, macam-macam benda pelik yang berlaku??"- Ali
"Alah.. Kita mengembara aja, bukannya ada apa-apa. Penakut betullah kau ni."- Rudy.
"Aku nak balik!! Aku tak nak mati!!"- Gopal
"Aku rasa sumpahan itu terkena pada kita."- Alicia
"Sekarang, korang semua adalah santapan malam aku."- Unknown
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Status: On Going, Slow Update
Genre: Fanfiction, Horror, Thriller
Bahasa: Bahasa Malaysia/Melayu
Date Start:
Date End:-
Small Reminder: Terdapat kata-kata kesat yang ada di dalam fanfiksyen ini. Ini hanyalah fiksyen semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup atau pun mati. Theme: Youtuber au!, mystery, horror, paranormal, bloody & gore things. Angst, cursing words will appear.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Credit: Boboiboy From Animonsta, Ejen Ali from Wau Studio
"Kenapa I kena kahwin dengan you?" -IRINA
"To stop the speculations." -MATEEN
"But nobody knows me." -IRINA
"Speculations about me and Emma."-MATEEN
Kerana cinta itu terlalu suci untuk dipermainkan, Irina tidak rela terlibat dalam permainan Mateen.
Kerana satu tindakan bodoh, Irina terjerat dalam perjanjian yang mampu membawanya ke tirai besi jika dia enggan akur. Putera Mateen ingin memperisterikan gadis itu, sebagai satu hukuman. Hukuman yang lebih dahsyat dari denda mandatori.
Hidup dilimpahi kemewahan. Dikasihi bonda dan ayahanda mertua. Didampingi dayang istana yang sedia membantu.
Namun tiada bahagia buat Pengiran Bini Wardatul Irina.
Emma Shinawatra, gadis kacukan Inggeris-Thai menjadi puteri di hati Mateen sejak tiga tahun lalu. Cinta mereka utuh biar Hajah Mariam menegah hebat atas dasar agama. Cinta mereka tidak pernah mati biar Tuanku Sultan melarang keras atas dasar maruah.
Tidak mahu dianggap orang ketiga, Irina hanya berniat untuk mencuri hati sang suami. Semampunya, sedayanya. Lelaki idaman Malaya itu harus dipeluk rapi.
Dapatkah Irina memenangi hati putera rajanya? Yang sudah ada puteri bertakhta dalam hati?
CERITA INI IALAH REKAAN SEMATA-MATA