"Nama aku Am. Kau jangan risau. Mulai saat ini, takde sesiapa lagi akan sakitkan kau. Aku akan selalu lindungi kau."
Bermula dari saat itu, Am ialah segala-galanya untuk dia. Am yang jadi teman rapatnya, pelindungnya dan... kesayangannya.
Sayang dia terhadap Am bukan biasa-biasa. Dia bukannya cintakan Am seperti hubungan cinta antara lelaki dan perempuan, tetapi dia sayangkan Am seperti tidak mahu Am melupakan dia walau sedetik pun. Atau dalam erti kata lain, dia mahu Am ada untuk dia saja setiap masa dan sampai bila-bila!
Malangnya, apabila hadir insan lain yang menduduki tempat istimewa di hati Am, dia tak mampu menahan hatinya dari hancur berkecai.
"Aku terlalu sayang dia!"
Itu yang diungkapnya saat dirinya dihukumi.
"Kau faham tak perasaannya bila... satu-satunya orang yang selalu jadi peneman suka duka kau, jadi pelindung kau, jadi orang paling kau sayang dan kau... tak mahu kehilangan dia, tapi tiba-tiba suatu hari... orang lain rampas dia daripada kau! Kau faham tak macam mana sakitnya?!"
Dan kerana sakit itu, dia telah lakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Sesuatu yang merubah segalanya...
Ini bukannya kisah persahabatan, apatah lagi kisah cinta. Tapi ini kisah di mana seseorang itu tak terlepas dari satu rasa yang membelenggu dirinya.
Kesilapannya telah mewujudkan rasa itu.
"The such mistake would be fatal."
Dan kesilapan seperti itu...
Akan membawa maut.
[Complete] 1st romance
Known as I N A R A
INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra.
Hari-harinya yang ceria kini berubah menjadi semakin berwarna apabila dia dipertemukan dengan lelaki dingin bernama Adrian Khalaf. Peribadi lelaki itu cukup membuatkan hatinya meronta-ronta ingin memiliki lelaki tersebut.
"Miss whatever your name is, can you please leave me alone?" -ADRIAN KHALAF
Pertemuan pertama mereka cukup membuatkan Adrian rimas dengan perangai si tipikal diva itu. Bagi Adrian, Inara bukanlah seseorang yang layak untuk berdamping dengannya. Perangai wanita itu tidak ubah seperti perigi mencari timba.
Namun siapakah dia untuk melawan takdir?
Setiap kali dia menidakkan perasaan yang menjentik tangkal hati itu, setiap kali itu jugalah dia mula berasa bingung dengan perasaannya. Dia keliru. Perasaan yang tidak pernah dirasakan olehnya.
Dan sehinggalah satu peristiwa berlaku menyebabkan sisi lainnya hadir. Janjinya, Inara akan dijaga dengan sepenuh hati.
Itu janjinya.
Warning : Some people might love this story and found it cute, but some people will also say this story is so cringe. This is my first attempt in writings so please, cut me some slack. Thank you!
⚠️please note that this story is so cringey
⚠️extremely cliche
⚠️cringe
⚠️sexy storyline
⚠️no censored⚠️
highest ranking - ✿ 1st in #romance
✿ 1st in #novel
✿ 1st in #cinta
✿ 1st in #comedy
✿ 1st in #love
✿ 1st in #romantik
✿ 1st in #melayu
✿ 1st in #novelmelayu