Di antara bayang dan mata: aku lihat dia dalam luka
61 parts Ongoing MatureZara Liayana membesar dengan luka yang tidak pernah sembuh - satu malam berdarah meragut nyawa kedua ibu bapanya, dibunuh oleh sosok bertopeng dengan mata kelabu yang tajam. Bertahun berlalu, mimpi buruk itu masih memburunya... dan luka di bahunya menjadi peringatan paling nyata bahawa pembunuh itu masih hidup. Dan mungkin... masih mencarinya.
Kehidupannya berubah apabila Aidan Reza, teman lamanya yang pernah mengisi ruang kecil dalam hatinya semasa tadika, muncul semula - kini sebagai seorang remaja pendiam bermata ganjil, satu biru dan satu hazel. Tapi Aidan bukan lagi budak kecil dulu. Dia menyembunyikan sesuatu - sesuatu yang berkait rapat dengan dunia gelap yang tidak pernah Zara bayangkan.
Dikelilingi keluarga yang kejam dan pembunuhan yang seolah tiada penghujung, Aidan terperangkap antara melindungi Zara... atau membiarkannya pergi demi keselamatannya.
Namun apabila mesej-mesej misteri mula muncul. Apabila darah mula menitis lagi. Zara mula sedar - bayang lama belum hilang... dan mata kelabu itu sedang memerhati.