"Aku tak kisah apa pangkat kau, aku tak kisah sehina mana keluarga kau. Aku tetap nak kau. Aku dah sayang kau. Sebab tu aku tak kisah!" Luah Sheikh Rayyan bersungguh-sungguh. Aulia Haziqah memandang bawah. Tangannya yang digenggam Sheikh dibiarkan sahaja. Air hangat yang ditahan akhirnya mengalir laju. Bahunya terhinjut-hinjut manahan sedu. Sungguh dia terharu dengan lelaki di hadapannya ini. Jantungnya berdegup kencang. "I lo-love you-u" tukas Aulia perlahan dalam esakan. Pantas Sheikh memeluk erat tubuh kecil Aulia. Kepalanya dibawa ke dada sasa Sheikh. "I love you more" bisik Sheikh lembut di telinga lalu ubun-ubun Aulia dicium lama. KEEP SUPPORT AND VOTE GUYS! Apa yang terlintas dalam kepala aku ikut. Tak syok la tiru tiru orang punya.