THE MAFIA: ALESSANDRO DI LAURO
12 جزء
undefined أجزاء مستمرة ꧁NOVEL INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA.DILARANG MENCIPLAK KARYA PENULIS꧂
Dhia yang merupakan seorang detektif mendapat satu misi besar di mana dia perlu menahan seorang mafia terkenal di Itali yang kini berada di Malaysia.Alessandro atau lebih dikenali sebagai Alex,mempunyai satu misi iaitu misi menguasai Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Alex,Dhia menjalankan misi penyamaran sebagai penjual gula-gula.Namun tidak lama selepas itu,Alex agak tertarik pada Dhia dan menawarkan Dhia sebagai pembantu peribadinya.
Selepas menerima tawaran tersebut,Dhia meneruskan penyamarannya tanpa disyaki oleh Alex.Namun begitu,lain pula jadinya apabila Alex mula menunjukkan sisi obsesinya terhadap Dhia.
Dhia yang mula berasa risiko buat dirinya mengambil keputusan untuk berhenti menjadi pembantu peribadi Alex.Namun gagal. Dhia mengubah rancangannya.Dia menghentikan penyamarannya.Sejurus Alex mengetahui bahawa Dhia adalah seorang detektif,Alex hanya tersenyum sinis.
Ketika itu perang besar berlaku di antara pasukan polis dan geng mafia.Ramai yang terkorban.Hal itu membuatkan Dhia semakin benci akan Alex.
Alex cuba untuk menambat hati Dhia untuk mencintainya dengan cuba untuk berdamai dan berjanji bahawa misi menguasai Kuala Lumpur tidak akan wujud lagi.Namun begitu,Dhia tetap menolak kerana perbezaan agama mereka dan dunia kehidupan mereka yang jauh berbeza.
Bagi Dhia, Alex bukanlah seseorang yang Dhia mahukan sebagai seorang suami.Namun, takdir yang mempertemukan mereka.Ada sebab mengapa ALLAH menghantar Alex buat Dhia.