35 części W trakcie Qaireen Al Hidayah ialah seorang pegawai elit yang percaya kawalan diri adalah segalanya sehinggalah dia ditugaskan memantau Mikhail Ivanov, seorang billionaire Rusia dengan pengaruh gelap yang tidak pernah tersentuh undang-undang.
Pertemuan mereka tidak pernah sepatutnya menjadi peribadi. Namun cara Mikhail memerhati Qaireen tenang, perlahan, penuh keyakinan dan itu menggugat tembok disiplin yang dibina Qaireen selama ini. Bagi Mikhail, Qaireen bukan sekadar pemerhati. Dia adalah cabaran. Dan cabaran adalah sesuatu yang sentiasa dia miliki.
Apabila misi tamat dan Qaireen pulang ke Malaysia, dia cuba memilih kehidupan yang selamat keluarga, pertunangan, masa depan yang stabil. Tetapi bayang lelaki yang pernah memanggilnya mi señora tidak pernah benar-benar pergi.
Dalam permainan kuasa antara dua dunia, Qaireen terperangkap antara keinginan yang tidak diakui dan bahaya yang terlalu memikat untuk ditolak.
Kerana bagi Mikhail Ivanov, sentuhan tidak selalu diperlukan cukup dengan kehadiran, pandangan, dan janji yang tidak pernah diucapkan.
Mi Señora ialah novel dark romance mafia yang sensual dan tegang, mengupas obsesi, kawalan, dan batas antara kehendak dan penyerahan tanpa perlu melanggar garis moral yang nyata.