Atualizamos nossas Diretrizes de Conteúdo.
Consulte as diretrizes mais recentes para continuar compartilhando histórias com segurança.
Saiba mais
If Tomorrow Was Yesterday

If Tomorrow Was Yesterday

  • WpView
    Leituras 786
  • WpVote
    Votos 346
  • WpPart
    Capítulos 2
WpMetadataReadEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização sáb, ago 8, 2026
WpInfo
Ficção
Romance
Slow Burn
Destinados ao Amor
Final Feliz
She counted on tomorrow. He was counting down his final days. Bagi Kasih Sahara, empat bulan menganggur selepas menggenggam Diploma Kejururawatan adalah satu tamparan realiti yang cukup perit. Di saat dia hampir berputus asa, sebuah peluang hadir dalam rupa sebuah kad perniagaan premium. Tugasnya mudah: menjadi private caregiver dan peneman kepada anak seorang peguam korporat kaya di Bukit Tunku. ​Dalam kepalanya, Sahara sudah bersedia untuk menghadap seorang pesakit kronik yang tipikal-kurus, cengkur, dan meratapi takdir. Namun, pertemuan pertama di patio rumah banglo itu mematikan segala prasangka. ​Firdaus Luthfi kelihatan terlalu biasa. Dia tenang, suka mengusik, dan memiliki sepasang mata yang sarat dengan kedamaian. Malah, dia meletakkan satu syarat pelik untuk meluluskan temuduga Sahara: gadis itu harus menjadi pengulas tak bertauliah untuk lakaran-lakaran misterinya. ​Hari berganti hari, rutin harian menyatukan dua jiwa ini dalam sebuah keserasian yang tidak dijangka. Di sebalik bebelan tegas Sahara dan usikan bersahaja Luthfi, ada rasa yang mula bercambah dalam diam. Ada debaran yang sengaja dikunci rapat daripada ulas bibir masing-masing. ​Sahara memilih untuk membisu, kerana dia percaya hari esok masih panjang untuk sebuah luahan. Luthfi memilih untuk menelan rasa, kerana dia tahu dia tidak punya hak untuk menjanjikan masa hadapan. ​Ketika Sahara akhirnya menyedari getaran halus pada jemari Luthfi dan kesan lebam yang cuba disembunyikan lelaki itu bukan sekadar kesan kelumpuhan biasa, jam waktu sudah berada di saat-saat akhir. ​Mampukah Sahara menerima hakikat bahawa tugasnya kali ini bukan untuk menyembuhkan, tetapi untuk menemani sebuah perjalanan pulang? Dan di sebalik berpuluh keping potret rahsia yang ditinggalkan, sempatkah sekeping hati yang ralat ini mempelajari erti melepaskan dengan sebuah senyuman? ©AYRIESYSYUHADA2026 Firdaus Luthfi & Kasih Sahara
Todos os Direitos Reservados
#97
love
WpChevronRight
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • Hati Yang Ikhlas ✓
  • langit vanilla
  • Tears of Melody [✔️]
  • CINTA X CINTA?
  • Tentang Kita
  • Duyong
  • Mochii's' Cover Shop| CLOSE
  • أرجونا ✓
  • Awak Sayang Saya Tak? (✔️)
  • [C] I'm Sorry • Jeon Jungkook

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (complete) Gadis yang menginginkan sebuah kehidupan bahagia. Namun nasib tidak menyebelahi hidunya. Jauh dari keluarga tercinta. 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉?" -Liya Azzara 𝒌𝒂𝒖 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒆 𝒔𝒊𝒏𝒊! 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒈𝒊 𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒊 𝒎𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒂𝒎𝒂!!" -Tuan Jamil 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛.." - Hafiz Qayum 𝑺𝒐𝒎𝒆𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈 𝒉𝒂𝒑𝒑𝒆𝒏𝒅 𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆"- Liya Azzara 𝑨𝒃𝒂𝒉 𝒏𝒂𝒌 𝑳𝒊𝒚𝒂 𝒌𝒉𝒂𝒘𝒊𝒏"-Tuan Jamil 𝑻𝒂𝒌..𝑳𝒊𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒂 𝒍𝒂𝒈𝒊!- Liya Azzara Terlalu sempit mata manusia mahu memandang dirinya. Dia tahu,dia tidak sempurna. Namun,salahkah manusia sepertinya mahu berubah ke arah yang lebih baik dari masa lalu yang kian membunuh? Andai dirinya berubah...mampukah hidupnya kembali bahagia? Atau malah sebaliknya? Adakah jalan hidupnya sudah tamat dan tidak mungkin dibaiki lagi? Kuatkah hatinya menerima kenyataan daripada Tuhan? hidup yang lalu,hidup yang sekarang..adalah hidup yang berbeza. hati akan terbuka dan tertutup bila bila masa. selagai ada peluang,selagi tu jangan sia siakannya. cinta? akan terkawal bila hati ikhlas "menerima" 𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐈𝐍𝐈 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐑𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀. ENJOY!

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo