sinopsis Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya,Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi...Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu,Tengku Azri sanggup merujuk majalah resepi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya..termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya.Puan Adila yang telah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu.Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun disebalik itu ada perjanjian.Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri.Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali? Puan Adila *Tok umi tu dari dulu lagi dah sibuk dah jodohkan Lily dengan paksu,tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily menjadi istri Ayie.Tapi kalau Ayie rsa dia tak sesuai dengan selera Ayie,mama tak boleh nak paksa.kalau Ayie pilih Azzah tu,eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal dengan keluarga dia* TENGKU AZRI *Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya,Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya.Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu? LILY ATHIRA *Sepanjang dia mengurus ank bujang Puan Adila,Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan pelbagai kerja-kerja rumah.kalau dibulinya aku setelah kahwin nanti macam mana?Todos os Direitos Reservados
1 capítulo