Pada awalnya TRIP ini ditulis semata-mata untuk merakamkan percutian semasa di Langkawi dulu. Kemudian, cerita ringkas ni mendapat perhatian daripada rakan-rakan pembaca. Jadi, saya berhasrat sambung menjadi sebuah novel dan hantar kepada penerbit Jemari Seni. Tapi, itulah, kita hanya mampu merancang... saya tak sempat nak tamatkan cerita ni dan hantar kepada penerbit. Untuk itu, sebagai penghormatan kepada Jemari Seni saya pamerkan cerita ini di sini. Buat mereka yang menyokong Jemari Seni dan penulis kecil ini, saya persembahkan TRIP (versi tribute).