Dikala hati dilanda keresahan, hadirnya dia tanpa disangka. Cinta yang telah lama dilontar jauh, namun dalam diam ianya hadir tanpa disedari.? ~ Aisyah Humaira Kita cuma mampu merancang, tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Siapa kita untuk menghalang takdirnya. Andai itu milik kita. Teruskan sahaja, kerana kebahagian menunggu di akhirnya ~ Razif Hakimi Benarkah cinta sejahti yang pergi akan datang kembali? Jika itu benar, syukur ke atas Ilahi. Kerana mewujukan cinta sejahti kepada diri yang hampir hilamg arah ini. ~ Mohd Azrul Syakirin Meskipun tanpa lafaz cinta, rasa ini tetap kukuh. Kerana diri ini pasti yang lahir dari hati itu adalah perasaan cinta dari yang Esa. ~ Ainnur Qalish "Aisyah Humaira" ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang dipinggirkan keluarganya sendiri setelah ayahnya disahkan muflis. Lantas orang gajinya yang menjaga dia sedari kecil lagi mengambil dirinya sebagai anak angkat. Aisyah dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Kasih sayang antara anak angkat dan anak kandung tiada bezanya. Sama rata, walaupun tiada pertalian darah. Meningkat dewasa, Aisyah semakin cantik, sehingga ada yang berniat ingin melamarnya. Namun gadis itu menolak, kerana dia serik dipermainkan cinta. Hadirnya seseorang telah merubah hatinya, setiap kali bertentang mata. Hatinya menjadi tidak keruan. Jantungnya berdengup kencang. Aisyah cuba menolak. Tapi sebaliknya, makin ditolak makin kuat perasaan halus yang mulai bersarang dihatinya. Aisyah keliru? Buntu?
1 part