"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yang merana asalkan dia yang dicintai bahagia... Syakila, bidadari yang berjaya menarik hati Khai. Si cantik yang yang akhirnya menjadi kekasih hati Khairun Rafiqi namun... "Aku nak putus." -Khai- " Kenapa Khai sanggup rahsiakan benda ni dari Sya? Sya ni siapa untuk Khai? Atau Khai memang tak pernah sayangkan Sya?" - Syakila- Tanpa apa-apa alasan, Khai memutuskan hubungan. Apa yang terjadi? Apa yang dirahsiakan oleh Khai daripada Syakila?