My BFF Story

My BFF Story

  • WpView
    Reads 9,300
  • WpVote
    Votes 115
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadComplete Sat, Sep 20, 2025
ELINA AMIRA - Masa silamnya ibarat sebuah kehancuran yang paling perit pernah dia rasakan. Dalam jiwanya, masih terselit rasa sesal yang kian bergunung. Hubungan mereka ibarat tergantung di hujung tali. Masing-masing menyepi... dan saling menyakiti. Kerana kesilapannya, hubungan persahabatan antara dirinya dan Sofia Maizura kian renggang. SOFIA MAIZURA - Tembok egonya sukar untuk diruntuhkan. Ingin memaafkan, tetapi sungguh tidak semudah apa yang dipinta mereka. Dia hanya insan yang biasa, yang punya hati dan perasaan. Kadangkala, dia juga tidak mampu jadi sekuat orang lain. Cukuplah dengan meratapi itu buat hatinya pedih tak berdarah. TIHANI ADRA - Peneman Elina dikala suka dan duka. Hidupnya tak berapa indah jika nak dibandingkan dengan rakan-rakannya. Suram dan tak punya ayah seperti orang lain. Pun begitu, masih ada warna yang menceriakan hidupnya apabila berada di samping keluarga serta sahabat baiknya. Apabila usia mereka menginjak dewasa, masing-masing ditakdirkan untuk mempunyai jodoh sendiri. Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi oleh tiga sahabat ini. Mampukah mereka mencari kebahagiaan yang sebenarnya? "Aku penat. Setiap hari, benda ni yang aku asyik kena hadap. I have my own life too. Kalau dia nak seksa aku, go on. Jangan seksa orang yang tak bersalah." - Tihani "Kita tak boleh buat macam tu. Kau tak kesian ke dekat Kak Eli? Aku... aku tak boleh teruskan." - Reena Kayra "Cinta yang ikhlas tu datang dari lubuk hati yang suci. Kalau Tuhan izinkan, satu hari nanti awak akan kecapi kebahagiaan yang awak mahu." - Sofia "Macam mana wajah ini nak tersenyum semula kalau orang yang saya mula sayang, yang saya percaya dah hancur lumatkan hati ini?" - Elina ⚠️ Old story that contains cliche-ness, plot meleret dan tunggang-langgang. Cerita dutchlady yang tak habis edit. Either read or leave, it's at your own risk. ⚠️ Start: 130318 End: 071219
All Rights Reserved
#103
sakit
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C]
  • 𝐃𝐇𝐈𝐀𝐀𝐅𝐑𝐘 : FLAT QUARREL. [Revamp:Sudah Dibukukan]
  • MASIH MENANTI ✓
  • BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
  • Biar Berjuta Kali (Bab Percuma)
  • Cinta Terakhir ✔
  • Konspirasi

Orang kata cinta itu indah dan mampu membataskan penglihatan kita jika rasa sayang itu benar-benar berakar umbi pada hati pasangan. Namun, kenapa dia rasa itu semua dusta belaka? Sejak awal, cinta mereka berkalut kesedihan dan kekecewaan. Yang memamah segala erti bahagia dan kasih sayang. Perpisahan yang seorang wanita bernama Erina Sofea dambakan, ianya terlalu perit. Manakala, Nathan atau nama lainnya Nawaf Arzan, seorang lelaki yang yang baru ingin menjelajahi agama itu cuma akur dengan permintaan Erina. Hati lelakinya tercalar apabila wanita itu membuangnya segitu mudah. Masjid yang mereka bina terlalu goyah. Meninggalkan luka yang dalam pada kedua-duanya. Itukah sebenar-benarnya cinta yang manusia sebutkan? Penuh pengorbanan dan penuh keperitan. "Yang terbaik itu adalah perpisahan. Dan tiada lagi istilah rujuk untuk kita. Mahupun jika kita kembali bersama, rasa sakit tu akan terus menyinggah hati masing-masing."-Erina Sofea Nawaf luluh. Perkataan yang terlontar daripada wanita yang dia cintakan amat menyiat hatinya rakus. Puas dia memujuk tetapi dia percaya wanita itu sifatnya lembut. Tampak kukuh walhal rapuh adalah segala makna rasa. Nawaf bersangka baik, jika Erina tidak akan menerimanya sekarang, mungkin nanti dia akan dapat hati Erina sekali lagi setelah dia berusaha gigih. Malangnya, tidak. Hati Erina lebih keras selepas luka-luka yang telah menjadi parut itu menyinggah. "Sayang...apa memang tak ada peluang kedua untuk abang?"-Nawaf Arzan "Tiga tahun. Beri saya tiga tahun untuk cuba terima awak sekali lagi. Tapi...tanpa awak disisi saya. Ingat. Perpisahan kita dah terjadi. Tiada ikatan untuk kita buat masa sekarang...Kalau saya tak mampu terima balik, awak fahamlah."-Erina Sofea Erina terlalu keras walaupun tangannya sendiri turut terluka. Dia sesal. Tetapi masih adakah peluang untuknya bagi memenuhi keinginan untuk putarkan masa kembali apabila bayang Nawaf perlahan-lahan menghilang disebalik tirai kecewa?

More details
WpActionLinkContent Guidelines