🌴Sabahan Style Story🌴 ~WINULAN, seorang gadis muda yang tinggal di dalam hutan sejak 20 tahun yang lalu bersama nenek angkatnya, NENEK KITUT yang merupakan seorang bobohizan(Bomoh) yang banyak mengajar WINULAN segala ilmu perubatan tradisional. Sejak kecil, WINULAN memiliki keistimewaan luar biasa yang mampu melihat masa depan seseorang dan Mampu bercakap dengan roh orang-orang yang sudah meninggal. WINULAN kehilangan ibu kandungnya, OLUMIS sejak di dalam kandungan lagi. Sekeping gambar peninggalan ibunya akan merungkai asal-usul dan siapakah diri WINULAN yang sebenarnya. Melalui cerita NENEK KITUT tentang kisah hidup ibunya yang kelam dan menyayat hati, WINULAN bertekad untuk keluar dari hutan dan membalas dendam. WINULAN ingin mencari Pembunuh itu, lelaki yang telah membuatkan ibunya melarikan diri dan menderita sakit bertahun-tahun di dalam hutan. OLUMIS ditinggalkan dan meninggal dalam kesengsaraan. Siapakah Lelaki itu? Apa hubungan WINULAN dengan lelaki itu? Bagaimana cara WINULAN untuk membalas dendam? Dengan keistimewaan yang ada pada dirinya, WINULAN berjaya meruntuhkan empayar bisnes lelaki itu dalam tempoh masa yang sangat singkat. Lelaki itu pula jatuh sakit dan memohon bantuan agar WINULAN merawatnya. Perasaan Dendam dan Kebencian melampau telah membutakan mata serta hati WINULAN yang selama ini mengimpikan kehidupan bahagia. Ajaran NENEK KITUT mula diaplikasikan dengan cara yang salah, di dalam situasi pelbagai. GARETH dibawa balik ke hutan untuk tinggal bersamanya. Di hutan, bermacam cara WINULAN lakukan untuk menyakitkan tubuh dan hati lelaki itu. Di sebalik semua itu, WINULAN sama sekali tidak mengetahui identiti sebenar GARETH yang disakitinya setengah mati. Siapakah GARETH di dalam hatinya? Kenapa GARETH langsung tidak pernah membalas setiap perbuatan jahat WINULAN? Apakah rahsia yang disimpan oleh GARETH sehingga WINULAN tidak mampu untuk membaca Masa depan lelaki itu?