43 Partes Concluida Pesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikannya. Sila ambil manfaat dari cerita ni. Segala kesilapan dan kesalahan dialu-alukan untuk menegur saya.
Fana.
° • ° • ° • ° • °
Nurul Syuhadah. Gadis yang tegas dan sangat kasar. Kasarnya tidak disorok-sorok dan lembutnya berpada-pada. Disebalik sikapnya yang selamba, tersimpan satu sikap yang unik dalam dirinya. Bila dipuji, dia malu. Malunya itu membuatkan air mukanya beronar merah bak buah epal merah. Bagi yang melihat mungkin anugerah terindah, tetapi bagi seorang Nurul Syuhadah itu adalah kelemahan yang malang.
Dengan perempuan, dia manja.
Dengan lelaki, dia kasar.
Dia cuba menundukkan segala rasa dan pandangan agar dia tidak mudah jatuh hati. Namun, dia gagal menjaga perasaannya bila bertemu dengan Hafidz Khair. Seksanya, hanya Allah yang tahu.
[2016/2017]