Hwang Hyunjin, Kim Hyunjin, Seungmin, Gowon, Felix, dan Heejin terpaksa bermalam di sebuah hotel bajet selepas kereta dipandu Heejin tiba-tiba sahaja mengalami kerosakan. Heejin mahu menghantar keretanya ke bengkel tetapi sudah terlambat kerana kebanyakan bengkel sudah ditutup. Walaupun Hwang Hyunjin, Seungmin dan Felix menunggang motosikal, Heejin, Kim Hyunjin dan Gowon tidak dapat membonceng motosikal mereka bertiga kerana mereka bertiga tiada helmet lebih. Oleh itu, mereka berenam terpaksa menginap di sebuah hotel bajet yang bernama Dream Hotel yang terletak tidak jauh dari lokasi kereta Heejin rosak.