Kisah pelajar Malaysia yang menuntut di Perancis. Banyak peristiwa yang membawa dia lebih mengenali diri sendiri dan erti hidup. Iris, adalah bunga kebangsaan Perancis yang membawa maksud harapan dan rasa percaya. Ia adalah simbol kesucian. Nara, seorang gadis yang keseorangan di bumi Eropah demi cita-citanya. Bagaimanakah dia beradaptasi, berhubung dengan pelbagai sahabat dan pada masa yang sama memegang teguh kepercayaan agama dan nilai budayanya? Berlatarbelakangkan warisan dan budaya Eropah, ikuti kisah Nara dalam cabarannya di bumi asing.