[DIALOG INGGERIS]
Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki, Emy Zulkifli diculik ke negara asing. Sedar-sedar sahaja, dia berada di Los Angeles, bukannya negara Siam seperti dia sangka. Dia bertemu dengan keluarga Foxe secara tidak sengaja. Mereka sekeluarga mengambil Emy Zulkifli sebagai anak angkat lalu menamakannya sebagai Amy Foxe.
Sempena hari kelahirannya ke-18 tahun, Amy Foxe mendapat sebuah kereta baharu sebagai hadiah walaupun kereta tersebut tidak diminatinya. Dia membawa Elizabeth Foxe, adik angkatnya bercuti untuk seminggu manakala ibubapa mereka pergi ke New York City dalam masa dua bulan atas urusan tentang rumah baharu untuk Amy Foxe.
Setelah Amy Foxe pulang dari bercuti bersama Elizabeth Foxe, mereka mendapati rumah agam mereka dipecah masuk. Kereta-kereta pula dicuri. Mereka menyangka semuanya angkara Ray Denver, pembuli pasangan Foxe.
Selepas kematian Ray Denver, hidup Amy Foxe berubah dengan kehadiran musuh baharu, Nate Denver, abang kepada Ray Denver. Karier Elizabeth Foxe berubah menjadi daripada pelumba jalanan kepada pelumba litar.
Mampukah Amy Foxe mengembalikan kereta-kereta yang dicuri itu sebelum kepulangan ibubapa angkatnya dalam masa dua bulan? Dapatkah Amy Foxe menewaskan Nate Denver dalam perlumbaan terakhir dan menawan bandar Los Angeles? Adakah cinta Amy Foxe terhadap Elizabeth Foxe akan kekal di hujung cerita? Nak tahu lebih lanjut? Jom kembara novel COMING BACK: I'LL BE BACK.
"You know what? Actually,... I love you!"-Elizabeth Foxe
"Actually, I'm an undercover cop. And no one know about me,"-Cindy Hawk
"See that! He wanna shoot you because he hate you,"-Ray Denver
"I don't let my brother dead futile. I would take a revenge on your boy,"-Nate Denver
"Don't worry about me! I'll be back, as I said."-Emy Zulkifli a.k.a. Amy Foxe
#2-aksi (13 OGOS 2018)
(COMPLETED)
"Siapakah MARIA?
Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel.
Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu.
Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan.
Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu?
•
•
Pengorbanan
Kesusahan
Kematian
Keberanian
Pengkhianatan
Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre.
'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.'
GAVRIEL 2021